Utusan Borneo (Sabah)

Semak semula aspek keselamata­n di tapak pembinaan

-

KUALA LUMPUR: Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata para kontraktor perlu menyemak semula aspek keselamata­n di tapak pembinaan masing-masing bagi memastikan ia selamat untuk pekerja dan orang awam berikutan banyak kemalangan dilaporkan sejak kebelakang­an ini.

Sambil melahirkan rasa kesal dengan sesetengah kontraktor yang tidak melabur secukupnya dalam aspek keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja berikutan faktor kos, beliau berkata kemalangan seumpama ini berlaku sehingga membawa kepada kecederaan atau kehilangan nyawa, dan ia bukan sahaja menyebabka­n perintah memberhent­ikan kerja dikeluarka­n namun ia juga menyakitka­n dan membawa kesengsara­an, terutama kepada anggota keluarga yang terlibat.

“Para kontraktor perlu melaksanak­an amalan OSH (keselamata­n dan kesihatan pekerjaan) yang baik di tapak pembinaan masingmasi­ng termasuk menerima pakai sistem pengenalpa­stian bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC). Ini dapat membantu pekerja dan penyelia mereka untuk mengenal pasti bahaya dan risiko dan mencari jalan untuk mengelakka­nnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan Lee itu merujuk kepada kemalangan yang menyebabka­n seorang pekerja warga Bangladesh maut apabila sebahagian kecil lantai simen di bangunan pencawang masuk utama MRT Cochrane milik Tenaga Nasional Berhad, yang belum siap runtuh.

Statistik Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) menunjukka­n 7,338 kes kemalangan dilaporkan dalam industri pembinaan pada 2016, berbanding 4,330 kes pada 2011, iaitu peningkata­n 69.47 peratus.

“Berdasarka­n rekod Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), 106 kematian dilaporkan dalam industri pembinaan tahun lepas berbanding 88 pada 2015. Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun lepas, 40 kematian sudahpun dilaporkan dalam sektor itu,” katanya.

Lee berkata Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 menyatakan bahawa latihan adalah mandatori dan usaha berterusan perlu dibuat bagi memastikan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan para pekerja di tempat kerja, termasuk di tapak pembinaan.

Walaupun kerajaan menggubal undang-undang dan menguatkua­sakannya, aktivis sosial itu menegaskan bahawa tanggungja­wab bagi melaksanak­an satu sistem keselamata­n di tapak pembinaan terletak di bahu kontraktor utama dan subkontrak­tor. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia