Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan utamakan aspek pendidikan

Pelbagai bantuan dan perkhidmat­an disedia secara percuma

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Rakyat di negara ini amat bertuah kerana mempunyai kerajaanya­ngamatprih­atin terutama sekali berhubung keperluan pendidikan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata, bagi membangunk­an sesebuah negara, kerajaan telah meletakkan fokus pada aspek pendidikan kerana ia diyakini mampu membawa negara ke tahap yang lebih baik.

Jelas beliau, tidak banyak negara di dunia ini mampu melaksanak­an inisiatif yang dilakukan kerajaan Malaysia yang sentiasa menyalurka­n pelbagai bantuan dan perkhidmat­an secara percuma.

“Hanya kerajaan kita yang memberikan wang tunai bagi membantu pelajar tidak berkemampu­an di negara ini, sekaligus meringanka­n sedikit beban ibu bapa khususnya yang mempunyai anak ramai.

“Walaupun bagi sesetengah orang jumlah ini nampak kecil (RM100 seorang), namun nilainya amat besar terutama sekali bagi golongan yang kurang berkemampu­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaik­an Bantuan Awal Persekolah­an di perkaranga­n Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang.

Sejumlah RM458,500 telah disalurkan kerajaan kepada 4,585 pelajar dari golongan kurang berkemampu­an yang membabitka­n 25 sekolah rendah termasuk satu sekolah jenis kebangsaan dan empat sekolah menengah di daerah ini.

Dalam perkembang­an berkaitan, Sapawi yang juga Pengarah Yayasan Sabah berkata pihaknya turut melaksanak­an tindakan sama dengan menyalurka­n bantuan kepada setiap Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di daerah ini.

Katanya, sebanyak RM500,000 diperuntuk­kan untuk tujuan itu yang dijangka akan disalurkan pada Februari depan bagi memudahkan sebarang pelaksanaa­n aktiviti kumpulan itu dalam meningkatk­an pendidikan di kawasan ini.

“Bantuan kali pertama dan akan diteruskan lagi di masa hadapan disalurkan secara ‘one-off’. Sebenarnya, kita sudah memberikan banyak bantuan pendidikan di kawasan ini sejak sekian lama.

“Semua yang dilakukan ini semata-mata mahu melihat pembanguna­n pendidikan di daerah ini terus mapan dalam usaha kita melahirkan insan bersahsiah cemerlang, sekaligus mengharumk­an nama kawasan ini,” katanya.

Walaupun bagi sesetengah orang jumlah ini nampak kecil (RM100 seorang), namun nilainya amat besar terutama sekali bagi golongan yang kurang berkemampu­an. DATUK SAPAWI AHMAD Ahli Parlimen Sipitang

 ??  ?? SAPAWI berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
SAPAWI berkata sesuatu kepada pemberita ketika ditemui pada majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN guru yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Sapawi selepas menerima cek untuk Bantuan Awal Persekolah­an.
SEBAHAGIAN guru yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Sapawi selepas menerima cek untuk Bantuan Awal Persekolah­an.
 ??  ?? SAPAWI menyampaik­an replika cek kepada salah seorang guru.
SAPAWI menyampaik­an replika cek kepada salah seorang guru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia