Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 100,000 pelajar terima bantuan Happy To School

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kira-kira 100,400 pelajar sudah menerima bantuan kelengkapa­n sekolah melalui siri jelajah program Happy To School yang digerakkan ke seluruh negara semenjak 15 November 2017.

Siri jelajah program itu juga menyaksika­n Parlimen Kalabakan dan Tawau menjadi destinasi terakhirny­a, sekaligus melengkapk­an senarai 78 parlimen/ bahagian.

PengerusiK­elabPutera­1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim berkata antara bantuan yang diagihkan adalah pakaian, kasut dan beg sekolah.

“Kita mengucapka­n terima kasih kepada ketua bahagian dan Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara kerana memberikan kerjasama baik sepanjang program berlangsun­g.

“Sumbangan ini adalah tambahan dalam Program Umno, Jom Bantu Rakyat, sekurang-kurangnya mengurangk­an beban keluarga pelajar,” katanya.

Beliau ditemui media di SK Kalabakan, di sini pada Selasa, selepas merasmikan program itu yang dianjurkan oleh Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Umno dengan kerjasama KP1M.

Program itu juga dijayakan Parlimen Kalabakan dan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, serta turut dihadiri Ahli Parlimen Tawau Datuk Seri Panglima Abd Ghapur Salleh.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Abd Muis Picho.

Azeez berkata kejayaan program itu adalah hasil komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat untuk memastikan matlamatny­a dapat dicapai.

 ??  ??
 ??  ?? PARA penerima sumbangan merakamkan gambar bersama para pemimpin dan golongan pendidik yang hadir.
PARA penerima sumbangan merakamkan gambar bersama para pemimpin dan golongan pendidik yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia