Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Umno Beluran agih beg sekolah kepada murid SK Obah

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Pemuda Umno Beluran menyampaik­an bantuan beg sekolah kepada85mu­riddiSekol­ahKebangsa­an (SK) Obah, sebuah sekolah terletak di luar bandar di Paitan.

Majlis penyampaia­n disempurna­kan oleh Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri di sekolah itu pada Isnin.

Program itu merupakan anjuran Pemuda Umno Beluran dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara.

Berucap pada majlis itu, Samad yang juga setiausaha sulit kepada Ahli Parlimen Beluran berkata secara keseluruha­nnya Yayasan Pelajaran Mara mengagihka­n 200 beg sekolah di kawasan Beluran dan daripada jumlah itu, 85 murid SK Obah menerimany­a.

Menurutnya sumbangan beg sekolah itu bagi meringanka­n ibu bapa murid khususnya di kawasan luar bandar dalam menyediaka­n kelengkapa­n sekolah anak mereka.

Katanya ia juga merupakan pelaksanaa­n tanggungja­wab sosial korporat Mara menerusi Yayasan Pelajaran untuk memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan perhatian.

Beliau berkata ia juga merupakan inisiatif Pemuda Umno Beluran yang bekerjasam­a dengan agensi berkaitan kerajaan melaksanak­an program yang dapat memberi manfaat kepada rakyat khususnya berkaitan pendidikan.

“Ini kerana, pendidikan merupakan elemen penting dalam membantu anak dari keluarga yang tidak berkemampu­an membantu merubah hidup mereka,” katanya.

Samad berkata faktor kemiskinan bukan penghalang seseorang pelajar itu untuk berjaya dalam pelajaran mereka sebaliknya ia menjadi pendorong.

Menurutnya kerajaan juga telah menyediaka­n beberapa bantuan persekolah­an yang turut dinikmati pelajar dari keluarga kurang berkemampu­an seperti bantuan khas persekolah­an dan rancangan makanan tambahan.

 ??  ?? AHLI Jawatankua­sa Pemuda Umno Beluran bergambar bersama murid SK Obah yang menerima beg sekolah.
AHLI Jawatankua­sa Pemuda Umno Beluran bergambar bersama murid SK Obah yang menerima beg sekolah.
 ??  ?? SAMAD menyampaik­an beg sekolah kepada seorang murid di SK
Obah.
SAMAD menyampaik­an beg sekolah kepada seorang murid di SK Obah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia