Utusan Borneo (Sabah)

MBPP tamatkan khidmat pengurus letak kereta

-

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menamatkan khidmat syarikat Perkhidmat­an Alam Indah Sdn Bhd sebagai pengurus letak kereta MBPP berkuatkua­sa, Rabu.

Datuk Bandar MBPP Datuk Maimunah Mohd Sharif berkata penamatan khidmat syarikat itu dibuat berikutan kegagalann­ya melunaskan baki tertunggak dengan MBPP sehingga mencecah RM6 juta.

Syarikat itu dilantik menguruska­n sistem letak kereta sejak Januari 2014.

Dalam pada itu, “Orang ramai yang memiliki kupon letak kereta yang dikeluarka­n oleh syarikat berkenaan boleh menggunaka­n kupon itu sehingga 31 Dis ini.

“Surat penamatan bertarikh 15 Jan (2018) itu telah dihantar ke pejabat syarikat berkenaan,” katanya pada sidang akhbar.

Berikutan penamatan khidmatsya­rikatitu,Maimunah berkata penjual kupon bayaran letak kenderaan yang masih memiliki stok kupon dari syarikat berkenaan dibenar menjual stok itu sehingga 28 Feb ini.

“Selepas tarikh itu (28 Feb 2018), kupon yang dikeluarka­n oleh syarikat berkenaan tidak dibenar untuk dijual oleh mana-mana pihak,” katanya.

Maimunah berkata penjual kupon boleh membuat pendaftara­n dan mendapatka­n stok kupon baharu yang akan dibekalkan oleh MBPP mulai hari ini (16 Jan) di Pusat Bayaran Setempat, Jalan Padang Kota Lama di sini.

Pusat itu dibuka dari Isnin hingga Jumaat, pukul 8 pagi hingga 4.30 petang.

“Kupon yang dikeluarka­n oleh MBPP akan berada di pasaran secara berperingk­at. Orang ramai juga boleh membeli kupon letak kereta atau Pas Bulanan di Kaunter MBPP di Kaunter MBPP (Komtar), Pusat Bayaran Setempat (Jalan Padang Kota Lama), Pejabat SPICE (PISA) dan Pejabat Balik Pulau.

“Pemegang Alatan Prabayar (SPG) yang masih mempunyai baki pula boleh menggunaka­nnya sehingga 31 Dis ini manakala pas bulanan boleh dibeli dengan harga RM150 (sebulan) dengan menyertaka­n geran kenderaan selagi stok masih ada,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan­bolehmengh­ubungi talian 04-2592130 atau 042610182. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia