Utusan Borneo (Sabah)

Polis tumpas sindiket curi sarang burung walet RM480,000

-

ALOR SETAR: Polis menumpaska­n sindiket mencuri sarang burung walet dianggarka­n bernilai RM480,000 dengan penahanan 14 individu dalam “Ops Walet” pada 20 Dis lalu, kata Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin.

Beliau berkata operasi dijalankan selepas polis menerima laporan daripada pengusaha berhubung kehilangan sarang burung walet di premis mereka.

Hasil soal siasat terhadap 14 individu itu terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita berusia 18 hingga 35 tahun mendapati mereka terlibat dalam 40 kes curi sarang burung walet dengan 25 kes di daerah Kota Setar dan 15 kes di daerah Pendang dan Kuala Muda, katanya di sini, Rabu.

“Dengan penahanan kesemua suspek itu, polis percaya dapat menyelesai­kan 40 kes kecurian sarang burung walet membabitka­n nilai kira-kira RM480,000 termasuk pembeli sarang burung walet curi itu,” katanya.

Beliau berkata harga bagi sekilogram sarang burung walet kira-kira RM4,000.

Mohd Rozi berkata modus operandi kumpulan sindiket itu adalah menyasarka­n bangunan sarang burung walet tidak mempunyai penjaga sebelum memecah masuk pada waktu malam dan kemudian menjualnya kepada pihak tertentu untuk pasaran di Thailand dan Kemboja.

“Polis juga men dapati beberapa suspek pernah bekerja dengan pengusaha sarang burung walet di premis lain dan mengetahui selok-belok harga di pasaran dan cara penjualan,” katanya.

Katanyapol­issedangme­nyiapkan kertas siasatan untuk dikemukaka­n kepada pihak pendakwa raya bagi membolehka­n semua tertuduh dihadapkan di mahkamah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia