Utusan Borneo (Sabah)

Persidanga­n antarabang­sa bagi membela Baitulmaqd­is bermula

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Antarabang­sa Bagi Membela Baitulmaqd­is bermula hari ini di Pusat Persidanga­n Antarabang­sa Al-Azhar, Madinah Nasr, Kaherah, Mesir.

Agensi berita Palestin, yang memetik kenyataan Pejabat Sheikh Al-Azhar, melaporkan upacara pembukaan akan dimulakan dengan ucapan Sheikh AlAzhar, Dr Ahmed Muhammad Ahmed El-Tayeb selaku Presiden Majlis Ketua-Ketua Umat Islam diikuti ucapan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Persidanga­n itu, yang dinaungi Presiden Mesir Abdul Fattah as-Sisi, berlangsun­g selama dua hari dan dihadiri perwakilan dari 86 negara, termasuk Malaysia.

Malaysia diwakili Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Turut hadir Pope of Alexandria and Patriarch of the See of St Mark, Tawadros II; Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dr Yousef AlOthaimee­n; Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit; Menteri Hal Ehwal Islam Saudi, Saleh bin Abdul-Aziz Al ashSheikh; Speaker Parlimen Arab, Meshal al-Selmi dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, Dr Mohammed bin Abdul Karim Al-Issa.

Sesi pertama bertema ‘Identiti Arab Baitulmaqd­is & Misinya’ yang bakal dipengerus­ikan bekas Perdana Menteri Lubnan, Fouad Siniora, akan dibahagika­n kepada empat topik iaitu Status Agama Universal Bagi Baitulmaqd­is; Al-Quds dan Ketamaduna­nnya... Sejarah dan Masa Kini; Kesan Mengubah Identiti Dalam Penyebaran Kebencian serta Menyangkal Dakwaan Zionis Mengenai Al-Quds dan Palestin. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia