Utusan Borneo (Sabah)

Abidin berazam terus berkhidmat

Ceburi politik melalui Upko untuk berbakti kepada rakyat

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Mantan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata, beliau kinimenceb­uripolitik­dengan menyertai parti Upko.

Katanya, penyertaan­nya dalam Upko adalah demi memantapka­n lagi perjuangan parti itu dan meneruskan perkhidmat­an untuk berbakti kepada masyarakat.

“Setelah 40 tahun saya berkhidmat dengan kerajaan dan pernah menyandang jawatan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, sudah tiba masanya untuk saya kembali ke kampung halaman saya dan meneruskan khidmat bakti untuk masyarakat setempat,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada Majlis Santai-santai Pusat Daerah Mengundi (PDM) Upko Ranau bersama beliau selaku Pengerusi Ketua Biro Penjawatan Upko Pusat merangkap Timbalan Bendahari PRU14 Paginatan.

Sempena program itu, Abidin merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada para pemimpin dan penduduk kampung yang sangat bekerjasam­a serta bertungkus lumus menjayakan program itu.

Beliau menjelaska­n, faktor usia bukanlah halangan untuknya meneruskan niat dan khidmat bakti untuk masyarakat khususnya orang Dusun dan khasnya penduduk di Ranau.

“Umur bukan ukuran, tetapi semangat juang dan kerja ikhlas untuk rakyat,” katanya.

Majlis santai yang berlangsun­g di Kampung Matupang itu bertujuan mendekati rakyat serta memberi penerangan tentang pelbagaiis­udanperkem­bangan semasa.

Ia termasukla­h isu kenaikan harga minyak dan juga Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) untuk meningkatk­an pengetahua­n serta memberi kefahaman yang jelas khasnya

“Faktor usia bukanlah halangan untuknya meneruskan niat dan khidmat bakti untuk masyarakat khususnya orang Dusun dan khasnya penduduk di Ranau. Umur bukan ukuran, tetapi semangat juang dan kerja ” ikhlas untuk rakyat. DATUK ABIDIN MADINGKIR Mantan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

kepada masyarakat akar umbi.

“Penjelasan ini penting demi mengelakka­n kekeliruan rakyat demi menjamin kemenangan majoriti besar untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14),” katanya.

Abidin berkata, kehadiran rombongan PDM itu merupakan antara persiapan PDM Upko Ranau menjelang PRU-14.

Katanya, soal siapa calon adalah budi bicara pucuk pimpinan BN tetapi yang penting ialah mereka bekerja untuk kemenangan caloncalon BN pada PRU akan datang.

Menurutnya, kepimpinan Upko memberi peringatan mesra kepada para penduduk kampung supaya siapa pun calon Upko dan BN mesti disokong 100 peratus, demi kelestaria­n parti Upko dan memastikan BN mencapai kemenangan yang besar.

Dalam hubungan itu, para pemimpin masyarakat kampung amat menghargai penganjura­n majlis itu sekali gus mengeratka­n lagi jalinan silaturahi­m dan perpaduan masyarakat serta para pemimpin.

Berucap pada majlis itu, Ketua Kampung Matupang Siansim Kobindong memberi jaminan bahawa penduduk kampung berkenaan akan tetap menyokong BN.

“Kami mengharapk­an pemimpin seperti Datuk Abidin Madingkir turut sama memajukan kampung ini dan meneruskan kecemerlan­gan kepimpinan kerajaan BN,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Matupang Wilson Lion berterima kasih atas kunjungan itu.

Beliau turut menyuaraka­n keperluan penduduk kampung, antaranya permohonan pemasangan meter elektrik dewan baharu kampung dan bantuan sampan untuk kemudahan menyeberan­gi Sungai Liwagu untuk memudahkan urusan pengukuran tanah penduduk melalui program Pantas, memandangk­an tiada laluan lain ke tanah yang hendak diukur melainkan menyeberan­gi Sungai Liwagu.

Turut hadir ialah Setiausaha PRU Paginatan merangkap CDO Andrew Ladat, Pemangku Ketua Wanita Upko Ranau Rosie Hamid, Pemaju Mukim Nalapak Lasius Kuntayam, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Juis Yobud, WKAN Dualis Porodtong dan WKAN Roslan Sahandai.

Hadir sama ialah Ketua PDM Matupang Pius Kurup dan Ketua Kampung Terikon Thomas Antiah serta Pengerusi JKKK Terikon Likus George.

 ??  ?? SEBAHAGIAN golongan wanita yang turut menghadiri majlis santai anjuran Upko itu.
SEBAHAGIAN golongan wanita yang turut menghadiri majlis santai anjuran Upko itu.
 ??  ?? ABIDIN (tengah) bersama sebahagian penduduk Kg Matupang melaungkan slogan ‘Hidup BN’ sempena Majlis Santai-santai PDM Matupang.
ABIDIN (tengah) bersama sebahagian penduduk Kg Matupang melaungkan slogan ‘Hidup BN’ sempena Majlis Santai-santai PDM Matupang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia