Utusan Borneo (Sabah)

SK Sungai Bedaun mahu murid hadir setiap hari

-

LABUAN: Majlis Pelancaran ProgramJom­HadirKeSek­olah 2018 peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) telah disempurna­kan oleh Guru Besar Dg Sarifah A Mahmod.

Program itu yang merupakan tahun ketiga dilaksanak­an di SK Sungai Bedaun dan bertujuan menggalakk­an kehadiran 100 peratus murid ke sekolah sepanjang sesi persekolah­an 2018.

Ia merupakan cetusan idea daripada guru besar dan telah menunjukka­n peningkata­n kehadiran penuh murid ke sekolah.

“Bermula dari tahun 2016, seramai 33 murid telah hadir penuh dan pada 2017, jumlah murid yang hadir penuh telah meningkat kepada 48 orang,” katanya.

Sarifah berharap program itu akan mendapat sokongan padu daripada ibu bapa dan penjaga murid untuk memastikan anak-anak mereka hadir penuh serta datang awal ke sekolah.

Kehadiran murid ke sekolah amatlah penting agar murid dapat mengikuti pembelajar­an di sekolah dengan lancar.

“Sekiranya murid sering tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang alasan yang munasabah, maka pastinya mereka akan ketinggala­n topik pembelajar­an yang diajar oleh guru-guru,” katanya.

Seperti tahun-tahun sudah, murid yang hadir penuh layak mengikuti cabutan bertuah pada hujung sesi persekolah­an 2018 iaitu pada bulan November.

Pihak sekolah telah menyediaka­n hadiah utama berupa mountain bike di samping hadiah menarik yang lain.

Sarifah berharap program itu akan menampakka­n impak yang positif dalam memastikan peningkata­n peratus kehadiran muridmurid SK Sungai Bedaun.

Majlis pelancaran Program Jom Sekolah itu turut dihadiri Penolong Kanan Pentadbira­n RinaFarrin­aDakim,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sunah Tahir dan Penyelaras Program Nursyidah Mat Yassin.

 ??  ?? SARIFAH (dua kiri) bersama Rina (kiri), Sunah dan Nursyidah (kanan) pada majlis pelancaran Jom Sekolah di SK Sungai Bedaun.
SARIFAH (dua kiri) bersama Rina (kiri), Sunah dan Nursyidah (kanan) pada majlis pelancaran Jom Sekolah di SK Sungai Bedaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia