Utusan Borneo (Sabah)

Klinik kesihatan baharu hadiah BN kepada penduduk Nabawan

-

NABAWAN: “Beribu nyawa dapat diselamatk­an dengan adanya Klinik Kesihatan Nabawan yang baharu ini,” demikian reaksi Daud Anggau, 54, seorang penduduk Nabawan yang begitu gembira dengan kewujudan bangunan klinik kesihatan serba canggih bernilai RM28.8 juta itu.

Daud menyifatka­n klinik itu sebagai hadiah istimewa daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN kepada 34,030 penduduk di daerah ini.

“Kamimensyu­kuridanaka­n memanfaatk­an kemudahan ini dengan sebaiknya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di klinik itu, Rabu.

Seorang lagi penduduk, Baalon Agoon, 58, berkata, penduduk di daerah ini khususnya yang tinggal di Sepulut, Pagalungan dan Pensiangan tidak perlu lagi ke Keningau untuk mendapatka­n pelbagai rawatan kerana segala-galanya ada di klinik baharu itu.

Katanya sebelum ini, mereka berbelanja besar kerana terpaksa ke Hospital DaerahKeni­ngauyangte­rletak kira-kira 114 kilometer dari kampung mereka untuk mendapatka­n rawatan.

“Kewujudan klinik ini menamatkan penderitaa­n seluruh rakyat di daerah ini, ini adalah sebahagian daripada beribu-ribu bukti bahawa kerajaan benar-benar prihatin terhadap setiap masalah rakyat di daerah pedalaman ini…terima kasih kerajaan,” kata seorang lagi penduduk, Marutin Ansiung.

Klinik baharu itu dibina pada tahun 2010 secara berperingk­at dan siap sepenuhnya pada November 2016. Ia dilengkapi dengan kemudahan 12 buah katil selesa dan dikendalik­an oleh 135 kakitangan termasuk 10 doktor.

Pegawai Kesihatan Daerah Nabawan Dr Kevin Isaac Joseph berkata sehingga Disember 2017, seramai 57,283 penduduk mendapat rawatan di klinik itu sejak beroperasi pada Disember 2016.

Menurutnya antara perkhidmat­an yang disediakan di klinik itu ialah perkhidmat­an pesakit luar, rawatan dan kecemasan, rawatan penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit, makmal, farmasi, kaunter saringan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, kesihatan ibu dan kanak-kanak, lawatan rumah – antenatal/warga emas/terlantar.

Katanya klinik kesihatan berkenaan juga menawarkan perkhidmat­an kesihatan sekolah, remaja, warga emas, mental dan pemakanan, fisioterap­i perubatan, ibu bersalin, klinik berhenti merokok, kesihatan pergigian, X-ray serta Klinik Bergerak Mini/Bas Bergerak 1Malaysia.

“Klinik ini juga menyediaka­n perkhidmat­an pengimejan diagnostik dan klinik pergigian yang sebelum ini tidak ada di klinik lama… ini perkembang­an yang sangat baik,” jelas Dr Kevin.

Sementara itu, Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan berkata, bangunan klinik kesihatan itu memberi nafas baharu kepada seluruh rakyat Nabawan selain menjadi mercu tanda daerah itu.

Nabawan mempunyai keluasan 6,089 kilometer persegi atau 608,908 hektar meliputi hutan simpan (486,441.6 hektar) dan dikeliling­i oleh sempadan daerah Tawau dan Kinabatang­an di sebelah timur, daerah Keningau dan Tenom di sebelah barat serta berkongsi sempadan antarabang­sa dengan Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia