Utusan Borneo (Sabah)

APMM tumpas cubaan seludup 300 burung spesies terancam

-

ALOR GAJAH: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 300 ekor burung daripada spesies terancam pada kedudukan 4.97 batu nautika di perairan Tanjung Gabang, Selangor, petang Selasa.

Pengarah Maritim APMM Melaka/Negeri Sembilan Kepten Maritim Amran Daud berkata APMM menerima maklumat tentang kegiatan penyeludup­an burungburu­ng spesies terancam di perairan Selat Melaka dan siasatan di kawasan berkenaan menemukan sebuah bot menuju keluar dari sempadan negara jiran.

“Sebaik menyedari kehadiran anggota APMM, tekong bot bersama tiga orang awak-awak yang merupakan warganegar­a Indonesia bertindak membuang sebahagian sangkar burung tersebut ke dalam laut.

“Semua mereka yang berusia dalam lingkungan 38 hingga 55 tahun itu berjaya ditahan pada pukul 3 petang dan gagal mempamerka­n dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Bagaimanap­un beliau berkata petugas APMM hanya berjaya mengambil semula 279 ekor burung yang dibuang ke laut itu, namun hanya tiga ekor daripadany­a masih hidup.

Amran berkata burungburu­ngtersebut­disyakidib­awa dari Vietnam melalui jalan darat ke Thailand dan Malaysia dijadikan sebagai pusat transit sebelum diseludup masuk ke Indonesia bagi tujuan pengkomers­ialan.

“Semua burung daripada spesies terancam itu merupakan haiwan dilindungi di bawah Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan satu daripada spesies yang dikenal pasti merupakan burung Branjangan,” katanya.

Beliau berkata kes itu diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjun­g Malaysia (Perhilitan) untuk tindakan selanjutny­a dan akan disiasat di bawah Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010.

Sebarang aduan dan maklumat berterusan berkaitan jenayah, kesalahan maritim atau aktiviti mencurigak­an di perairan Melaka/Negeri Sembilan boleh dibuat menerusi talian hotline 06-3876804 yang beroperasi 24 jam, katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia