Utusan Borneo (Sabah)

Sedco serah zakat RM333,000

Terus jana pertumbuha­n ekonomi, kemajuan bumiputera

-

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Negeri Sabah (Sedco) menyampaik­an zakat perniagaan secara berkelompo­k berjumlah RM333,000 kepada Pusat Zakat Sabah, Majlis Ugama Negeri Sabah (Muis) pada Rabu.

Penyerahan cek disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin itu disampaika­n oleh Pengurus Besar Kumpulan Sedco Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir kepada Pengerusi Muis Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif.

Menurut Saifuddin, kunjungan kali ini adalah untuk melunaskan pembayaran zakat perniagaan secara berkelompo­k bagi tahun 2017 daripada Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd,

“Sedcosenti­asamemaink­anperanans­elaras dengan tujuan penubuhann­ya menjana pertumbuha­n ekonomi dan kemajuan bumiputera dalam sektor perniagaan selaras ” dengan Rancangan Malaysia Ke-11.

PENGIRAN SAIFUDDIN PENGIRAN TAHIR Pengurus Besar Kumpulan Sedco

Perkasa Realty Sdn Bhd, IIB Insurance Broker Sdn Bhd dan Sedco sendiri.

“Sementara itu, kami berhasrat untuk menambah jumlah bayaran zakat perniagaan di masa akan datang bersama 21 anak syarikat Sedco.

“Sedco sentiasa memainkan peranan selaras dengan tujuan penubuhann­ya menjana pertumbuha­n ekonomi dan kemajuan bumiputera dalam sektor perniagaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-11,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat di Istana Negeri.

Saifuddin berkata terdapat beberapa projek yang sedang dijalankan antaranya pembanguna­n kilang kecil dan sederhana di kawasan Sepanggar manakala pembanguna­n luar bandar seperti pembinaan rumah kedai dan premis perniagaan sentiasa dijalankan seperti biasa.

Tambah beliau, Sedco juga akan menyediaka­n 54 kilang khas untuk bumiputera dalam masa dua tahun akan datang manakala kira-kira RM30 juta peruntukan telah dibelanjak­an untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

 ??  ?? SAIFUDDIN (lima dari kiri) menyerahka­n replika cek bernilai RM333,000 kepada Ariffin (lima dari kanan) sambil diperhatik­an oleh Juhar (tengah).
SAIFUDDIN (lima dari kiri) menyerahka­n replika cek bernilai RM333,000 kepada Ariffin (lima dari kanan) sambil diperhatik­an oleh Juhar (tengah).
 ??  ?? SAIFUDDIN (kiri) dan rombongan merakam kenangan bersama dengan Juhar (tengah) dan Ariffin (kanan).
SAIFUDDIN (kiri) dan rombongan merakam kenangan bersama dengan Juhar (tengah) dan Ariffin (kanan).
 ??  ?? SAIFUDDIN (kiri) menerangka­n perkembang­an dan aktiviti Sedco kepada Juhar (kanan).
SAIFUDDIN (kiri) menerangka­n perkembang­an dan aktiviti Sedco kepada Juhar (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia