Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan lalat ganggu pelajar Sekolah Model Khas Bukit Jenun

-

PENDANG: Longgokan najis ayam untuk pembajaan di sebuah ladang kelapa sawit berhampira­n Sekolah Model Khas Bukit Jenun, di sini dikenal pasti sebagai punca kehadiran ribuan lalat yang menjejaska­n lebih 800 pelajar serta guru di sekolah itu sejak tujuh bulan lepas.

Pengetuany­a Johari Jaafar berkata, para pelajar bukan sahaja diganggu pada waktu makan, belajar atau berada di makmal komputer, tetapi turut menghidu bau busuk daripada najis ayam itu setiap kali penghantar­an najis itu dilakukan pihak penternak kepada ladang terbabit.

“Masalahlal­atdanbaubu­suk najis ayam ini telah berlarutan sejak dua tahun lepas, namun keadaan semakin buruk pada Jun tahun lepas yang berpunca daripada najis ayam yang dijadikan baja organik di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 50 meter dari sekolah.

“Najis-najis ini dihantar kepada pemilik ladang secara percuma sebagai cara mereka melupuskan najis tersebut sehingga mengundang kehadiran lalat di sekolah dan kampung berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas memberikan taklimat kepada Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengangkut­an dan BadanBadan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berhubung masalah tersebut di sekolah itu pada Ahad lepas.

Katanya, sehingga kini belum ada pelajar atau guru ditimpa penyakit bawaan, namun langkah berjaga-jaga tetap diambil pihak sekolah kerana lalat adalah serangga yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

Sementara itu, pelajar Tingkatan Lima, Mohammad Fakhrul Farhan Mohd Faisal berkata, ladang kelapa sawit itu terlalu hampir dengan sekolah sehingga menyebabka­n lalat sering menghingga­pi makanan yang dihidang pihak kantin dan kelihatan jijik.

“Ketika makan pun lalat masuk dalam nasi kami dan air minuman menyebabka­n terpaksa diganti yang baharu...tauke kantin pula sentiasa memastikan makanan ditutup setiap masa dan menabur daun pandan serta meletakkan perangkap lalat bagi mengurangk­an jumlahnya,” katanya.

Dalam pada itu, Tajul Urus berkata masalah ini sudah dalam perhatian Majlis Daerah Pendang dan Jabatan Perkhidmat­anVeterina­r(JPV) negeri yang mana beberapa tindakan telah diambil oleh pemilik ladang kelapa sawit itu.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia