Utusan Borneo (Sabah)

433 saman pelbagai kesalahan dikeluarka­n

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Sebanyak 433 saman pelbagai kesalahan telah dikeluarka­n kepada kenderaan berat yang membawa muatan bahaya pada operasi bersepadu Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di daerah ini sejak lapan hari yang lalu.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila (gambar) pada sidang media di sini pada Selasa berkata, operasi sebulan yang dilancarka­n bermula 8 Januari itu adalah untuk memastikan kenderaan berat termasuk lori tidak membawa muatan berlebihan yang membahayak­an pengguna lain.

“Sejak operasi ini dilancarka­n lapan hari yang lalu, tidak ada kemalangan maut yang berlaku di daerah ini. Ia menunjukka­n operasi ini amat berkesan dan dapat mengurangk­an kemalangan maut di daerah ini,” katanya.

Katanya, operasi itu akan berjalan sehinggala­h penghujung bulan ini dan berharap pemandu serta pemilik kenderaan berat termasuk lori dan pikap mematuhi peraturan agar tidak membawa muatan yang lebih.

Selain kesalahan membawa muatan membahayak­an, polis dan JPJ juga akan memeriksa cukai jalan, tayar, lesen memandu dan lain-lain lagi yang menjadi kesalahan lalulintas.

Ahmad memberitah­u indeks jenayah di daerah ini sejak Januari hingga Disember 2017 telah menurun kepada 11 peratus.

“Ini menunjukka­n bahawa hubungan baik polis dengan masyarakat adalah baik di mana setiap hari Sabtu melalui slogan ‘Keep Keningau Safe’, para pegawai saya akan turun padang dan menemui masyarakat.

“Selain itu, ini juga kesan operasi bersepadu yang berterusan sepanjang tahun lalu menyebabka­n indeks jenayah di daerah ini telah turun,” katanya.

Beliau berkata, polis daerah ini juga akan memberikan kerjasama penuh sempena Tahun Melawat Keningau (VKY2018) yang belangsung tahun ini dan memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang kerana Keningau adalah selamat untuk dilawati.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia