Utusan Borneo (Sabah)

Jangan perlekeh, Rela sebahagian komponen keselamata­n negara

-

ARAU: Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) merupakan sebahagian­daripadako­mponen keselamata­n yang melengkapi pasukan beruniform lain dalam menjamin kedaulatan negara secara holistik, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata kebanyakan anggota Rela sendiri merupakan bekas anggota keselamata­n, justeru mereka sebenarnya terlatih dan berkemampu­an mengendali­kan senjata jika diberikan tanggungja­wab itu.

“Kita kena faham tugas pasukan Rela ini, tidak boleh kecilkan peranan keselamata­n yang dimainkan Rela kerana setiap badan keselamata­n itu mempunyai pengkhusus­an yang berbeza.

Saya yakin pembuat dasar iaitu pihak Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sudah memikirkan apakah tugas khusus Rela apabila ditempatka­n di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) nanti,” katanya kepada pemberita dekat sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mempersoal­kan kredibilit­i dan memperleke­h peranan anggota Rela yang ditugaskan di Esszone.

Menerusi video yang tular di laman sosial, Mohd Shafie ketika berucap dalam program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, Sabah, baru-baru ini, dilihat mempertika­ikan tindakan menempatka­n anggota Rela yang tidak mahir dalam mengendali­kan senjata api untuk penugasan di Esszone.

Beliau dilaporkan berkata bahawa anggota Rela hanya sesuai untuk perkhidmat­an kawalan trafik di majlis-majlis kenduri sahaja.

Dalam pada itu Azlan berkata untuk bertugas di Esszone, setiap anggota Rela terlibat sudah tentu diberi latihan dan peralatan bersesuaia­n dengan tugas mereka.

“Walaupun Rela sering dilihat bertugas menjaga trafik di jalan raya, ia juga merupakan aspek keselamata­n, takkan nak letak tentera pula?.

Jangan terlalu cepat melompat dengan mengatakan mereka tidak layak bertugas di Esszone, jangan perkecil atau perlekeh peranan mereka dalam pastikan keseluruha­n keselamata­n negara terjamin,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia