Utusan Borneo (Sabah)

E-Idaman tawar nilai debit kad pintar, galak amalan kitar semula

-

ALOR SETAR: Bagi menggalakk­an dan meningkatk­an penyertaan masyarakat dengan amalan kitar semula, syarikat pelupusan sisa pepejal, EIdaman Sdn Bhd (EISB) telah menawarkan ganjaran nilai debit melalui program ‘Kitar Semula Untuk Kehidupan’ (RFL).

Ketua Pegawai Eksekutif EISB Mhd Saiful Anuar Zainal berkata melalui program RFL itu, masyarakat yang mengitar semula barangan akandiberi­ganjaranni­laidebit menggunaka­n sistem tanpa tunai melalui penggunaan aplikasi kad pintar.

“Sebelum ini, ada masyarakat yang bertanya apa yang mereka dapat sekiranya melakukan kitar semula. Jadi EISB terpanggil untuk mewujudkan program ini di mana masyarakat boleh bawa bahan kitar semula dan mengikut berat barangan kita akan beri ganjaran berbentuk kad yang diisi dengan sejumlah wang.

“Nilai debit yang dimasukkan ke dalam kad pintar itu boleh digunakan untuk membeli barang di beberapa pasar raya antaranya Giant dan premis-premis yang berkerjasa­ma dengan program RFL seperti di restoran, kedai buku dan kantin sekolah,” katanya kepada pemberita di Wisma Idaman di sini, Rabu.

Katanya, jumlah nilai yang akan dimasukkan ke dalam kad pintar tersebut bergantung pada 11 kategori bahan kitar semula yang dibawa antaranya kertas, kotak, plastik, tin, besi dan aluminium.

Mhd Saiful Anuar berkata sejak ia mula diperkenal­kan pada 2015 sehingga kini, sebanyak 1,052 pihak telah terlibat dengan program berkenaan iaitu tujuh buah hospital, jabatan kerajaan (13), rumah ibadat (98), sekolah (166) dan 768 komuniti di seluruh Kedah.

“Pada tahun permulaan, semua kakitangan EISB diminta untuk membawa enam kilogram bahan kitar semula setiap minggu dan ia dilihat seperti paksaan namun selepas dua tahun pelaksanaa­n, perkara ini telah menjadi budaya bagi mereka dan sekarang ada yang bawa lebih 7 kg bahan kitar semula setiap minggu.

“Kita juga ingin mengurangk­an jumlah sampah di tapak pelupusan sampah di mana janaan sampah di Kedah adalah 1,400 tan sehari manakala peratusan kitar semula hanya 12 peratus sahaja dan jumlah itu sangat rendah,” katanya.

Katanya, ini merupakan projek perintis dan Kedah merupakan negeri pertama yang menjalanka­n program RFL ini dan sekiranya berjaya ia akan cuba dilaksanak­an ke seluruh negara.

Bagi masyarakat yang ingin menyertai program RFL dan mendapatka­n kad pintar ini boleh mendaftar di cawangan-cawangan EISB yang ada di setiap daerah termasuk di Wisma Idaman di Bandar Stargate, Alor Setar.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia