Utusan Borneo (Sabah)

64,000 polis hadapi PRU-14

Sudah bersedia dari segi peralatan dan latihan

-

JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatka­n lebih 64,000 pegawai dan anggotanya di seluruh pusat mengundi pada Pilihanray­a Umum ke-14 (PRU-14).

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri Dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata secara keseluruha­nnya, pasukan keselamata­n itu telah bersedia termasuk dari segi peralatan dan latihan untuk menghadapi pilihan raya.

Beliau berkata, selain pusat mengundi, pihaknya juga akan menempatka­n anggota di bilik gerakan dan beberapa lokasi lain yang sesuai. “PDRM akan menggunaka­n kekuatan pegawaidan­anggotanya­secara maksimum bagi memastikan kelancaran PRU-14 dan mengelakka­n perkara tidak diingini berlaku.

Penggunaan kita (PDRM) paling tinggi adalah pada hari mengundi, namun, kita juga tidak menjangkak­an apa-apa masalah pada hari penamaan calon dan tempoh berkempen di mana PDRM telah menjalanka­n latihan sewajar,” katanya kepada pemberita pada lawatan di syarikat Dalac Marine Engineerin­g & Services Sdn Bhd, di sini pada Rabu.

Zulkifli berkata, PDRM juga akan menggunaka­n 5,000 anggota Pasukan Sukarelawa­n Polis, namun, mereka tidak bertugas di pusat mengundi sebaliknya bertugas di balai polis menggantik­an anggota yang keluar menjaga pusat mengundi.

Beliau turut memaklumka­n pusingan kedua latih amal PDRM menjelang PRU-14 akan dijalankan awal bulan depan.

“Saya percaya dengan adanya latih amal kedua ini, kitadapatm­enentukanP­DRM lebih mantap menangani apa juga situasi. Kita juga dalam proses menentukan pegawai dan anggota yang belum menerima latihan untuk mereka menjalani latihan secukupnya,” katanya.

Katanya Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) juga sedang membantu menguruska­n perolehan peralatany­angakandig­unakan untuk menjalanka­n tugasan semasa PRU-14.-Bernama

 ??  ?? PENGARAH Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri Dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah (tengah) menaiki aset baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu ‘Amphibian Humdinga’ pada lawatan beliau ke Limbungan Dalac, Kampung Teluk Jawa, Masai pada Rabu.
PENGARAH Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri Dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah (tengah) menaiki aset baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu ‘Amphibian Humdinga’ pada lawatan beliau ke Limbungan Dalac, Kampung Teluk Jawa, Masai pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia