Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Tg Pedada terjejas hubungan darat kerana banjir

-

MUKAH: Kira-kira 1,350 orang penghuni rumah panjang dan penduduk kampung di kawasan Tanjung Pedada, Sungai Mukah, 27 kilometer dari sini terjejas hubungan darat apabila sebahagian jalan utama menghubung­i kawasan itu ditenggela­mi banjir.

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Dalat Mukah (MDDM), Kaunselor Mawar Awang berkata rumah panjang beliau iaitu Rumah Mawar antara yang terjejas hubungan kerana 800 meter daripada jalan sepanjang tujuh kilometer itu ditenggela­mi air setinggi 1.5 meter setakat 10 pagi hari ini.

Beliau berkata rumah panjang lain yang terjejas sejak empat hari lalu ialah Rumah Tinggang, Rumah Andrea, Rumah Banyai, Rumah Salek, Rumah Radin, Rumah Ibat, RumahRandi,RumahLinch­an, Rumah Robin, Rumah Ason, Rumah Mathew, Rumah Empi, Rumah Garit, Rumah Lede, Rumah Beriak, Rumah Butang dan Kampung Seting.

“Jarak yang ditenggela­mi air dan tidak dapat dilalui kenderaan menyebabka­n pergerakan penduduk rumahrumah panjang dan kampung di sini terjejas dan terpaksa menaiki perahu untuk ke tempat tinggi seperti ke bandar Mukah.

“Pada tahun lalu jalan itu ditenggela­mi banjir setinggi 1.5 meter. Tetapi kalau melihat keadaan cuaca hari ini kita khuatir paras air akan meningkat dan jika berterusan dalam tempoh seminggu kawasan ini akan terus terputus hubungan darat ,” katanya semasa dihubungi Bernama.

Katanya selepas reda air banjir akan bertakung sehingga dua minggu sebelum kering, mengakibat­kan tanaman buahbuahan dan sayur-sayuran musnah.

“Sebenarnya, air sudah naik sejak 10 hari lalu tetapi sejak empat hari lepas jalan utama menghubung­kan rumahrumah panjang dan kampung di kawasan ini ditenggela­mi banjir. Manakala bawah rumah-rumah panjang dinaiki air setinggi 1 meter.

“Saya akan bersama-sama dengan semua tuai rumah panjang menemui pegawai daerah di Pejabat Daerah Mukah hari ini untuk memaklumka­n keadaan banjir itu. Kami juga akan ke JKR (Jabatan Kerja Raya) meminta bahagian jalan yang kerap ditenggela­mi banjir dinaik taraf,” kata Mawar.

Beliau berkata, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tellian, Yussibnosh Balo juga telah dimaklumka­n.

Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Kenyana di sini yang mempunyai 40 orang murid, 13 guru dan tujuh kakitangan bukan guru, masih ditutup apabila dinaiki air kira-kira satu meter pada Isnin.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia