Utusan Borneo (Sabah)

Kedah sedia kerjasama dengan FAMA tambah pasar tani

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri sedia bekerjasam­a dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) bagi menambah bilangan pasar tani kekal yang terdapat di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya bersedia menyediaka­n tapak untuk pasar tani kekal tersebut dengan proses pembinaan yang akan diuruskan FAMA sendiri.

“Pasar tani kekal itu akan memberi lebih keselesaan kepada peniaga dan pengguna serta ia akan beroperasi pada setiap hari berbanding pasar tani biasa yang hanya dibuka sekali hingga tiga kali seminggu.

“Saya lihat projek ini akan membantu peniaga-peniaga kecil untuk memasarkan produk jualan mereka di dalam satu bangunan yang disediakan kerajaan dan FAMA,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Taman Wira Mergong di sini, pada Rabu.

Hingga kini, Kedah mempunyai empat pasar tani kekal iaitu di Guar Chempedak, Changlun, Sungai Petani dan Kuala Kedah.

Terdahulu, beliau menyampaik­an sumbangan keperluan asas kepada 400 keluarga yang dipilih oleh Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) kawasan itu dan berjumpa dengan imam surau.

“Saya telah berbincang dan mendengar permasalah­an yang diutarakan oleh imam dari enam surau yang berada di sekitar kawasan ini. Saya akan membantu menyelesai­kan masalah mereka dari segi pengurusan dan penambahba­ikan surausurau tersebut,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia