Utusan Borneo (Sabah)

Perhilitia­n nafi berlaku penyeksaan hidupan liar di Zoo Kemaman

-

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menepis dakwaan dua badan bukan kerajaan (NGO) mengenai berlakunya penyeksaan terhadap hidupan liar di Zoo Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Abdul Kadir Abu Hasim berkata maklumat itu adalah salah faham dan tidak menggambar­kan keadaan sebenar yang berlaku di zoo berkenaan.

“Sepatutnya mereka yang menyebarka­n gambar hidupan liar di zoo itu perlu menyemak dahulu dengan pihak berautorit­i bagi memastikan maklumat itu adalah tepat dan sahih,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Rabu.

Malaysian Friends of the Animals dan Friends of the Orangutans Malaysia baru-baru ini melahirkan kebimbanga­n terhadap penjagaan hidupan liar di zoo berkenaan termasuk anak orang utan yang didakwa ditempatka­n di dalam sangkar, anak gajah yang dirantai selain kematian haiwan di zoo itu.

Dalam pada itu, Abdul Kadir dalam kenyataann­ya berkata, hasil siasatan Perhilitan Terengganu pada Khamis lepas di zoo itu mendapati anak orang utan terbabit ditempatka­n secara sementara di kurungan dan dipisahkan daripada ibunya yangmenjal­aniprosesr­awatan pada November lepas.

“Siasatan juga mendapati anak orang utan itu telah ditempatka­n di dalam sangkar kurungan yang besar dan peralatan serta persekitar­an untuk senaman seperti tayar dan tali disediakan. Sehingga kini, rawatan susulan masih dijalankan terhadap ibu orang utan tersebut,” katanya.

Mengenai dakwaan anak gajah dirantai, Abdul Kadir berkata siasatan mendapati anak gajah tersebut adalah gajah dewasa yang sihat dan dirantai bagi memastikan ia tidak merayau keluar dari kawasan kurungan atau mendatangk­an bahaya kepada pelawat dan kakitangan zoo.

Ia ditempatka­n sementara di kurungan lama sehingga kerja-kerja penambahba­ikan di kurungan baharu selesai, katanya.

“Gambar harimau yang dipaparkan dalam artikel itu pula merupakan harimau yang ditempatka­n dalam kawasan kurungan malam dan saiz kurungan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa,” katanya.

Abdul Kadir berkata tiada rekod kematian melibatkan beruang matahari dan ungka melainkan seekor tapir telah mati pada 2016 akibat ‘pulmonary edema’ dan ‘pulmonary congestion’.

Katanya beruang matahari tersebut telah ditempatka­n di kurungan baharu sejak Okt 2017 manakala ungka ditempatka­n di Pulau Ungka dan masih hidup.

Abdul Kadir berkata Perhilitan tidak akan berkomprom­i dengan zoo dalam aspek kebajikan hidupan liar dan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali zoo yang gagal mematuhi peraturan berkaitan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia