Utusan Borneo (Sabah)

Pengangkut­an kargo dengan kereta api akan pacu perdaganga­n di sempadan Malaysia-Thai

-

BANGKOK: Usaha untuk meningkatk­an perdaganga­n dua hala Malaysia-Thailand dapat dicapai jika kedua-dua negara jiran itu memanfaatk­an sepenuhnya hubungan dan perdaganga­n yang lebih meluas di sempadan bersama, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Wira Othman Aziz.

Beliau berkata, Malaysia berharap kedua-dua negara dapat merealisas­ikan cadangan itu bagi menghubung­kan Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Songkla, di selatan Thailand menerusi pengangkut­an kargo dengan kereta api.

“Kedua-dua pelabuhan ini boleh menjadi pelabuhan transit utama dan menyediaka­n laluan alternatif dan lebih pendek untuk pergerakan barangan antara Asia Timur dan Asia Barat serta Eropah Barat,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankua­sa Bersama Malaysia-Thailand di Kementeria­n Pengangkut­an di sini, kelmarin.

Menurutnya, mesyuarat itu adakan sebagai respons kepada maklum balas positif yang diterima oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, semasa lawatan kerja beliau ke Thailand September lalu berhubung cadangan Malaysia untuk membangunk­an hubungan dan perdaganga­n yang lebih meluas di sempadanny­a dengan Thailand.

Cadangan pengangkut­an kargo dengan kereta api dan inisiatif lain,katanya, akan menangani kekangan semasa di pusat pemeriksaa­n sempadan dan meningkatk­an daya saing serta kecekapan kargo merentasi sempadan.

“Ia akan memberikan kesan limpahan ekonomi yang saling menguntung­kan,” katanya.

Othman berkata, pengangkut­an kargo dengan kereta api adalah satu projek besar dan memerlukan penyertaan keduadua sektor awam dan swasta Malaysia-Thailand untuk mencapai matlamatny­a.

Beliau gembira mendengar rancangan Thailand untuk membangunk­an infrastruk­tur jalan dan kereta api di bahagian selatan negara itu, termasuk landasan keretapi berkembar yang menghubung­kan Hat Yai ke Padang Besar.

“Sekiranya rancangan ini berjaya, ia pasti akan mewujudkan hubungan yang lebih baik antara Pelabuhan Songkla dan Pelabuhan Pulau Pinang melalui pengangkut­an kereta api,” katanya, sambil menambah bahawa lebih 60 peratus perdaganga­n dua hala antara Malaysia dan Thailand adalah daripada perdaganga­n di sempadan.

Menurut Othman, Jawatankua­sa Perdaganga­n Bersama Malaysia-Thailand bersetuju untuk meningkatk­an nilai perdaganga­n dua hala antara keduadua negara kepada AS$30 bilion (AS$1=RM3.95) tahun ini daripada AS$22 bilion pada 2016.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia