Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat pengangkut­an perlu pertingkat modal insan, perkukuh sistem pengurusan

-

KLANG: Syarikat pengangkut­an di Malaysia perlu meningkatk­an modal insan dan memperkuku­h sistem pengurusan masing-masing sebagai persiapan negara menjadi hab logistik di rantau ASEAN dalam tempoh lima tahun akan datang.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, kerajaan tidak mahu apabila Malaysia menjadi hab logistik di rantau ini, industri pengangkut­an lebih dikuasai syarikat pengangkut­an negara lain.

“Ketika ini, industri haulier Malaysia tidak begitu berteknolo­gi tinggi kerana kita mempunyai terlalu banyak syarikat pengangkut­an berskala kecil, iaitu kira-kira 300 syarikat. Oleh itu kita perlukan syarikat lebih besar yang boleh tampung permintaan daripada syarikat besar asing yang mahukan perkhidmat­an di Malaysia.

“Saya akan berbincang dengan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat bagaimana mahu transforma­sikan industri pengangkut­an ini supaya ianya bertaraf antarabang­sa dan mampu bersaing dengan syarikat luar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an Sijil Tamat Kursus Program Peningkata­n Kompetensi Tenaga Sektor Pengangkut­an anjuran Institut Logistik Asia (ASIL) untuk Persatuan Haulier Malaysia ((AMH) di sini kelmarin.

Abdul Aziz dalam pada itu menzahirka­n penghargaa­n kepada Kementeria­n Sumber Manusia apabila memperuntu­kkan RM2.93 juta melalui Dana Pembanguna­n Sumber Manusia untuk menganjurk­an kursus bersama AMH.

Menurutnya, rancangan menjadikan Malaysia sebagai hab logistik di rantau ini adalah sejajar dengan perkembang­an Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan bagi mewujudkan pembanguna­n ekonomi yang lebih liberal dalam kalangan negara ASEAN.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia