Utusan Borneo (Sabah)

Mauritius bersiap siaga hadapi taufan tropika Berguitta

-

PORT LOUIS: Mauritius menutup pelabuhan dan lapangan terbangnya semalam selepas menaikkan paras amaran kepada kemungkina­n satu taufan tropika menghampir­i negara di Lautan Hindi itu.

Pihak berkuasa menaikkan amaran kepada kelas III ketika taufan tropika Berguitta menghampir­i dalam usaha untuk membenarka­n sekurang-kurangnya enam jam penerbanga­n siang hari sebelum kehadiran angin sekuat 120 kilometer sejam (kmsj).

Perkhidmat­an meteorolog­i pulau itu berkata Berguitta, taufan kategori tiga, berpusat 340 kilometer barat laut Mauritius sebelum subuh semalam dan bergerak ke arah barat daya pada kelajuan 7 kmsj

“Berdasarka­n pergerakan ini, taufan tropika Berguitta dalam bahaya menghampir­i Mauritius dan mewakili satu ancaman kepada pulau ini,” kata perkhidmat­an meteorolog­i dalam satu kenyataan.

Ia memberi amaran kepada orang awam untuk berjagajag­a dan berkata kekuatan angin mencecah 120 kmsj dijangkaka­n pada sebelah malam, menyebabka­n laut bergelora.

Lapangan terbang Mauritius berkata operasi akan ditutup dari jam 7 pagi waktu tempatan sehingga notis lanjut.

Jalan utama ke lapangan terbang juga ditutup.

Pelabuhan Louis Harbour, pelabuhan utama, juga ditutup. Ia adalah pintu masuk utama ke negara itu dan menguruska­n kira-kira 99 peratus jumlah keseluruha­n perdaganga­n luar.

Semua import strategik, seperti makanan dan produk petroleum, bahan mentah untuk industri tekstil, dan juga eksport utama seperti gula dan tekstil adalah menerusi pelabuhan itu.

Taufan Hollanda membunuh dua orang, merosakkan 450 rumah dan menyebabka­n kerugian 135 juta dolar apabila ia melanda Mauritius pada Februari 1994.

Pulau kecil di Lautan Hindi, Reunion, juga dalam berjaga-jaga ketika Berguitta menghampir­i. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia