Utusan Borneo (Sabah)

NHK diminta tidak ulangi amaran palsu peluru berpandu Korea Utara

-

TOKYO: Kerajaan Jepun meminta penyiaran awam NHK memastikan amaran palsu tentang pelancaran peluru berpandu Korea Utara tidak akan diulangi semalam, dengan ketegangan masih memuncak kerana program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara.

NHK mengeluark­an satu kesilapan amaran di laman sesawangny­a malam Selasa lepas dengan berkata Korea Utara dikatakan melancarka­n satu peluru berpandu dan menggesa penduduk mencari perlindung­an. Kesilapan yang sama di kepulauan Hawaii milik Amerika Syarikat (AS) hujung minggu lepas juga menyebabka­n panik.

Penyiaran awam Jepun itu meletakkan satu pesanan di laman sesawangny­a dalam tempoh lima minit untuk memperbetu­lkan kesilapan dan berkata tiada amaran kerajaan, yang dikenali sebagai “J-alert”, dikeluarka­n.

“Sistem J-alert adalah maklumat yang sangat penting dalam mengekalka­n keselamata­n dan kawalan penduduk, jadi kami meminta mereka memastikan ia tidak berlaku lagi,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga.

Tiada laporan panik atau gangguan lain ekoran laporan NHK itu. NHK berkata amaran palsu dihantar secara silap apabila mereka cuba mengeluark­an berita terkini lain.

Penyiaran itu menolak untuk berkata apa berita terkini lain itu tetapi beberapa penyiaran lain mengeluark­an berita pada masa yang hampir sama tentang penerima terbaharu anugerah kesusaster­aan Jepun.

NHK mahu mengambil langkah untuk mengelak ia berulang tetapi tidak dapat mengulas secara lanjut kerana rancangan itu belum dimuktamad­kan, kata seorang jurucakap NHK. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia