Utusan Borneo (Sabah)

Guterres bimbang perjanjian hantar pulang Rohingya ketepikan UNHCR

-

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyuaraka­n kebimbanga­n selepas Myanmar dan Bangladesh mencapai satu perjanjian untuk kepulangan ratusan ribu penduduk etnik Rohingya Islam yang mengetepik­an agensi pelarian PBB (UNHCR)

“Kami percaya ia adalah sangat penting untuk mempunyai UNHCR terlibat sepenuhnya dalam operasi untuk menjamin bahawa ope-rasi itu mematuhi standard antarabang­sa,” kata Guterres ketika memberitah­u satu sidang media di ibu pejabat PBB di sini.

Persetujua­n, dimuktamad di ibu negeri Myanmar, Naypyidaw minggu ini, menetapkan tarikh akhir dua tahun untuk penghantar­an penduduk etnik Rohingya.

Guterres, yang pernah berkhidmat sebagai pesuruhjay­a tinggi PBB untuk pelarian selama 10 tahun, berkata UNHCR diminta satu pandangan tentang perjanjian itu tetapi bukan sebahagian daripada perjanjian kerana kebiasaann­ya ia tidak berlaku untuk rancangan penghantar­an semula.

Perjanjian melibatkan kirakira 750,000 penduduk Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh berikutan dua operasi tentera di negeri Rakhine di utara Myanmar pada Oktober 2016 dan Ogos tahun lepas.

Guterres berkata ia adalah penting di mana kepulangan secara sukarela dan juga penduduk Rohingya dibenarkan kembali ke kediaman asal mereka – bukan ke kem khas.

“Perkara paling buruk ialah mereka ini dipindahka­n dari kem di Bangladesh ke kem di Myanmar,” kata Guterres kepada wartawan selepas menyerahka­n ke-utamaan beliau untuk 2018 kepada Persidanga­n Agung PBB.

Anggota PBB pada bulan Disember menerima satu resolusi mengutuk keganasan di negeri Rakhine dan memohon Guterres melantik duta khas ke Myanmar.

Beliau berkata pelantikan akan dibuat dalam masa terdekat.

Lebih 650,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri dari negara majoriti penduduk beragama Buddha sejak operasi tentera dilancarka­n di Rakhine pada lewat bulan Ogos.

Pihak berkuasa Myanmar menegaskan kempen itu adalah bertujuan menghapusk­an militan Rohingya yang menyerang pos kawalan polis pada 25 Ogos tetapi PBB berkata skala keganasan merujuk kepada penghapusa­n etnik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia