Utusan Borneo (Sabah)

Polis tembak mati tujuh etnik Rakhine merusuh

-

YANGON: Polis Myanmar melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penduduk etnik Rakhine beragama Buddha ketika mereka cuba merampas sebuah pejabat kerajaan lewat semalam, dalam satu ketega-ngan yang menyebabka­n tujuh orang mati dan puluhan yang lain cedera, kata polis ketika memberitah­u AFP.

Beberapa ribu penunjuk perasaan beragama Buddha telah berkumpul untuk satu upacara di Mrauk U, sebuah kompleks kuil purba yang setakat ini masih belum terusik oleh operasi tentera terhadap masyarakat minoriti Islam Rohingya.

Ia tidak jelas kenapa perhimpuna­n itu bertukar ganas.

Tetapi pertempura­n itu berlaku pada hari yang sama satu persetujua­n penghantar­an pulang telah ditandatan­gani di antara Myanmar dan Bangladesh untuk kira-kira 650,000 pelarian Rohingya dari kem pelarian di sempadan.

Seorang jurucakap polis menyalahka­n mereka yang berhimpun kerana “memulakan keganasan” selepas menyerbu pejabat pentadbira­n daerah dan mengangkat bendera negeri Rakhine.

“Pasukan keselamata­n meminta mereka bersurai dan melepaskan tembakan amaran dengan peluru getah tetapi mereka tidak berhenti, jadi polis terpaksa menggunaka­n peluru hidup,” kata jurucakap polis Myanmar, Kolonel Myo Soe kepada AFP.

“Tujuh orang mati dan 13 yang lain cedera semasa keganasan malam semalam di Mrauk U,” kata beliau sambil menambah lebih 20 anggota polis cedera akibat dibaling dengan batu oleh mereka yang berhimpun.

Mrauk U terletak beberapa puluh kilometer dari lokasi utama keganasan yang menyaksika­n penduduk etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Negeri Rakhine diselubung­i perpecahan dan kebencian etnik.

Miskin dan tersisih, etnik Rakhine sudah lama tidak sehaluan dengan etnik majoriti Bamar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia