Utusan Borneo (Sabah)

AS tahan AS$65 juta untuk UNRWA

Palestin selar keputusan itu bersifat politik, timbulkan keadaan semakin tidak stabil

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin menahan AS$65 juta (RM260 juta) yang sebelum ini diper-untukkan kepada agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penduduk Palestin, dua minggu selepas Presiden Donald Trump mengugut untuk menahan bayaran pada masa depan.

Pegawai Jabatan Negara menegaskan keputusan itu diambil bukan untuk menekan para pemimpin Palestin, tetapi kerana AS mahu negara lain membantu membayar dan memperbaha­rui Agensi Bantuan dan Kerajaan PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Namun seruan itu dibuat selepas pertikaian di belakang tabir antara golongan yang mahu menamatkan semua bantuan kepada penduduk Palestin dengan pegawai yang bimbang mengenai kesan diplomatik dan kemanusiaa­n.

Jabatan Negara berkata AS$60 juta (RM240 juta) daripada pakej AS$125 juta (RM500 juta) yang diran- cang akan diluluskan untuk memastikan agensi itu terus berfungsi, tetapi bakinya akan ditahan buat masa sekarang.

“Ini bukan bertujuan untuk menghukum sesiapa,” kata jurucakap Heather Nauert.

“Kerajaan AS, dan pentadbira­n Trump, percaya apa yang dipanggil perkongsia­n beban harus dibahagika­n dengan lebih meluas,” katanya.

“Kami mahu negara lain, malah negara yang mengkritik AS bagi apa yang mereka percaya adalah pendirian kami mengenai penduduk Palestin, untuk tampil ke hadapan.”

Ketua (UNRWA) Pierre Krahenbuhl menyuaraka­n rasa cemas dan segera menyeru kepada anggota lain dalam PBB untuk memberikan sumbangan.

Beliau berkata AS$60 juta (RM240 juta) itu akan membuka sekolah dan hospital buat masa sekarang tetapi berkata ia jauh rendah berbanding AS$350 juta (RM1.4 bilion) yang Washington bayar sepanjang tahun 2017.

“Membiayai UNRWA atau sebarang agensi kemanusiaa­n merupakan budi bicara mana-mana negara anggota PBB yang berdaulat,” beliau menyebut dalam satu kenyataan.

“Pada waktu yang sama, mengambil kira hubungan lama, dipercayai, dan bersejarah antara AS dengan UNRWA, sumbangan yang dikurangka­n ini mengancam salah satu usaha pembanguna­n manusia yang paling berjaya dan inovatif di Timur Tengah.”

Bayaran sukarela dari AS merupakan sumber sokongan terbesar bagi badan berusia 68 tahun itu, dan pegawai AS lain menentang penggantun­gan segera sepenuhnya.

Pegawai berkata kompromi akan membolehka­n sekolah dan klinik UNRWA di Tebing Barat yang diduduki Israel, di Gaza dan negara jiran Arab untuk terus dibuka buat masa sekarang.

“Terdapat keperluan untuk penelitian semula yang asas ke atas UNRWA, baik dalam cara ia beroperasi dan cara ia dibiayai,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali.

Pihak Palestin melihat keputusan AS itu sebagai bersifat politik.

Satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh Hanan Ashrawi dari majlis eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin menuduh Washington cuba membubarka­n UNRWA atas permintaan Israel.

Beliau menuduh AS “menyasari segmen paling lemah di kalangan penduduk Palestin.

“Ia juga mewujudkan keadaan yang akan menimbulka­n keadaan yang semakin tidak stabil di seluruh rantau ini dan akan menunjukka­n ia tidak ada rasa kesal menyasari golongan tidak bersalah,” katanya.

UNRWA sudah menyediaka­n penjagaan kesihatan, bantuan kecemasan dan persekolah­an kepada penduduk Palestin sejak 1950.

AS sudah sekian lama menjadi penderma terbesar kepadanya, dengan bayaran sukarela besar untuk menambah kepada bajet yang diberikan oleh negara anggota PBB lain kepada agensi medan hadapan itu.

Setiausaha PBB Antonio Guterres berkata beliau belum dimaklumka­n tentang keputusan Washington, tetapi “sangat bimbang” mengenai laporan bahawa ia sedang diusahakan.

UNRWA bukan sebuah institusi Palestin, tetapi sebuah institusi PBB, katanya. — AFP

“Keputusan itu diambil bukan untuk menekan para pemimpin Palestin, tetapi kerana AS mahu negara lain membantu membayar dan memperbaha­rui Agensi Bantuan dan Kerajaan PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA). Namun seruan itu dibuat selepas pertikaian di belakang tabir antara golongan yang mahu menamatkan semua bantuan kepada penduduk Palestin dengan pegawai yang bimbang mengenai kesan diplomatik ” dan kemanusiaa­n. Pegawai Jabatan Negara

 ?? — Gambar Reuters ?? PENDUDUK Palestin menuntut keadaan kehidupan lebih baik untuk orang ramai di luar pejabat UNRWA di Rafah di selatan Semenanjun­g Gaza pada 11 Januari lalu.
— Gambar Reuters PENDUDUK Palestin menuntut keadaan kehidupan lebih baik untuk orang ramai di luar pejabat UNRWA di Rafah di selatan Semenanjun­g Gaza pada 11 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia