Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak sasar 24 kawasan baharu untuk penubuhan KRT: Fatimah

-

KUCHING: Sarawak menyasarka­n 24 kawasan baharu untuk penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) pada tahun ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata sehingga kini Sarawak mempunyai 976 KRT secara keseluruha­n yang menumpukan kepada hubungan baik dalam kalangan ahli dalam masyarakat.

“KRT juga merupakan elemen yang penting terutama dalam menumpukan perpaduan dalam kalangan masyarakat kita di mana di Sarawak sehingga ini terdapat 976 kawasan mempunyai KRT.

“Kita menyasarka­n 24 lagi KRT di Sarawak pada tahun ini yang akan menjadikan ia lebih 1,000 KRT nanti dan ini digalakkan lagi dengan adanya program yang kita rancang bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) iaitu sebanyak enam program promosi sepanjang tahun,” katanya.

Beliauberk­atademikia­npada sidang media selepas menerima kunjungan daripada JPNIN yang diketuai Pengarahny­a Dirwana Azool dan dihadiri Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus di pejabatnya di sini, pada Selasa.

Tambah Fatimah, selain KRT, Sarawak juga mempunyai Skim Rondaan yang kini mempunyai 496 di seluruh negeri dan dengan adanya skim berkenaan ia terbukti telah mengurangk­an masalah seperti lepak, kecurian, pecah rumah, dadah dan sebagainya.

Beliau memberitah­u, dengan keyakinan terhadap KRT dan Skim Rondaan yang turut menjaga keselamata­n serta perpaduan dalam kalangan ahli masyarakat, RM250,000 akan diperuntuk­kan bagi membolehka­n mereka menjalanka­n aktiviti.

“Peruntukan berkenaan adalah daripada Petronas yang akan disampaika­n oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg sempena perasmian hari terbuka kementeria­n pada 3 Februari depan.

“Penyerahan akan disampaika­n kepada jabatan dan sumbangan berkenaan bagi membolehka­n KRT dan Skim Rondaan di negeri ini dapat berjalan dengan berkesan.

“Selain itu kita bersama jabatan telah merancang kira-kira enam program promosi KRT dan Skim Rondaan sepanjang tahun bagi membolehka­n kita mencapai sasaran 24 kawasan baharu KRT nanti,” tegasnya.

Sementara itu selain program berkaitan KRT dan Skim Rondaan, antara program yang dirancang pada tahun ini adalah program dikenali Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan atau RIMUP.

Katanya, program akan memberi tumpuan kepada pelajar sekolah bagi menanam nilai perpaduan pada peringkat awal.

Fatimah berkata bagi program berkenaan, ia akan dijalankan dengan peruntukan daripada kerajaan negeri dengan kira-kira 12 program diadakan sepanjang tahun ini.

“Ia bagi memastikan generasi muda atau pelapis kita ini mengetahui dan memahami tentang perpaduan sejak awal lagi kerana kita percaya perpaduan dapat dicapai pada usia awal,” ujarnya.

Beliau berkata, jabatan dan kementeria­n pada masa yang sama akan meneliti mengadakan lebih banyak kerjasama bersama badan korporatte­rutamadala­mprojek tanggungja­wab sosial korporat, memperkasa­kan kepimpinan KRT, mewujudkan pangkalan data dan sebagainya.

Fatimah pada masa yang sama menjelaska­n, bagi menilai atau mengetahui keberkesan­an program yang diadakan, pihaknya menggunaka­n dua penilaian iaitu Indeks Ketegangan Masyarakat dan Indeks Perhubunga­n Masyarakat.

Bagi Indeks Ketenganga­n Masyarakat ia akan mengukur tentang tahap ketegangan di setiap kawasan yang mungkin disumbangk­an politik dan sebagainya.

 ??  ?? FATIMAH bersama Dirwana (duduk, dua kiri) serta Harden (duduk, tiga kiri), Rosey (duduk, kanan) serta yang lain beraksi selepas kunjungan.
FATIMAH bersama Dirwana (duduk, dua kiri) serta Harden (duduk, tiga kiri), Rosey (duduk, kanan) serta yang lain beraksi selepas kunjungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia