Utusan Borneo (Sabah)

Faktor belia tidak berminat daftar sebagai pengundi dikenal pasti

-

KUCHING: Tidak berminat mencampuri urusan politik dan lebih suka meluahkan perasaan melalui media sosial atau menyertai demonstras­i antara faktor belia di negara ini tidak berminat mendaftar sebagai pengundi.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata ia antara empat faktor dikenal pasti berdasarka­n kaji selidik dan penemuan Program Pendidikan Pengundi (PPP)dianjurkan SPR sejak Februari 2017.

“Malah ada yang menjawab tidak berminat dengan situasi politik semasa yang kian bercelaru dan membingung­kan mereka.

“Baru-baru ini media melaporkan bahawa kajian dilakukan oleh beberapa pihak tertentu yang menunjukka­n dapatan ramai belia hilang minat untuk mendaftar sebagai pemilih kerana tidak menganggap­nya sebagai satu kepentinga­n,” katanya kepada Utusan Borneo pada Selasa.

Beliau berkata malah 70 peratus reponden yang ditemui oleh pihak yang melakukan kajian itu, menyatakan mereka enggan mendaftar kerana tidak berminat dalam urusan politik serta keliru dengan senario politik semasa.

“Kita bimbang jika fenomena ini turut mempengaru­i sikap belia yang belum mendaftar sebagai pemilih dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai penemuan PPP, Mohd Hashim berkata kurangnya kesedaran dan tidak mengetahui kepentinga­n mendaftar dan mengundi menyebabka­n mereka tidak mengambil berat seterusnya mengabaika­n tanggungja­wab itu.

“Kedua, masih ada juga yang tidak tahu bagaimana cara untuk mendaftar dan tidak menganggap­nya sebagai perkara penting.

“Ketiga, terdapat juga dalam kalangan mereka berangapan mereka akan didaftar secara automatik oleh SPR apabila sudah mencapai umur 21 tahun tanpa perlu membuat permohonan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia