Utusan Borneo (Sabah)

MPP Zon 8 tangani masalah penduduk

-

LABUAN: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 8 Chimney berjaya menangani permasalah­an yang dihadapi penduduk di empat kampung di zon berkenaan.

Pengerusin­ya Haji Alias Hussin berkata sejak MPP yang diilhamkan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli diwujudkan setahun lalu, banyak masalah yang dihadapi rakyat dapat ditangani dan diselesaik­an.

Justeru,beliaumera­kamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n kepada Rozman yang juga pengerusi Perbadanan Labuan yang komited dan berusaha gigih menyelesai­kanmasalah­rakyat di Wilayah Persekutua­n Labuan amnya dan MPP Sub Zon 8 khususnya.

“Tidak syak lagi, rakyat amat bertuah mempunyai seorang wakil rakyat yang sangat prihatin dan bertanggun­gjawab serta berusaha keras menangani dan menyelesai­kan masalah rakyat khususnya di MPP Sub Zon 8 Chimney,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan mesyuarat Ahli Jawatankua­sa (AJK) MPP Sub Zon 8 Chimney di Balai Raya Kampung Lubok Temiang, malam Selasa.

Turut hadir, Setiausaha MPP Sub Zon 8 Nazri Panjang Abdullah, Ketua Kampung Lubok Temiang Nordin Ahmad, Ketua Kampung Ganggarak Ustaz Ali Mohd Han, Ketua Kampung Pohon Batu Dasuki Haji Zainal dan Ketua Kampung Batu Manikar Haji Ismail Samad.

Mesyuarat itu membincang­kan penglibata­n AJK dan ahli MPP Sub Zon 8 sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Labuan pada hari ini.

Turut dibincangk­an program Kenduri Hari Wilayah Persekutua­n pada 10 Februari dan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutua­n sepanjang Februari depan.

Alias berkata selepas program itu, pihaknya akan mengadakan program turun padangbers­amaAhliPar­limen Labuan dan agensi kerajaan terbabit yang diketuai Perbadanan Labuan melawat dan meninjau permasalah­an rakyat di keempat-empat kampung di MPP Sub Zon 8.

“Selepas kempen kibar bendera Wilayah Persekutua­n pada 21 Februari, AJK MPP Sub Zon 8 akan mengiringi Ahli Parlimen Labuan dan agensi kerajaan meninjau permasalah­an rakyat di empat kampung terbabit. Kita mahu mengenalpa­sti kemungkina­n ada lagi masalah yang terlepas pandang yang sewajarnya ditangani dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih atas kerjasama semua ketua kampung dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) kepada MPP dalam mengenalpa­sti keperluan serta kebajikan rakyat.

Alias bersama Ahli MPP amat gembira dan berpuas hati kerana kebanyakan masalah lama yang dihadapi rakyat selesai ditangani oleh agensi kerajaan terbabit.

Pada mesyuarat itu, Alias turut merakamkan penghargaa­n kepada Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Mohd Rafi Alli Hassan dan agensi kerajaan kerana bersamasam­a bertanggun­gjawab serta melaksanak­an tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.

“Inilah hasrat Ahli Parlimen Labuan untuk melihat MPP memainkan peranan membantu kerajaan mendekati rakyat sekaligus menangani masalah yang dihadapi. Alhamdulil­lah sejak setahun ditubuhkan, MPP berjaya menyelesai­kan masalah rakyat dengan berkesan sekali,” katanya.

 ??  ?? HAJI ALIAS
HAJI ALIAS
 ??  ?? ALIAS (tiga kanan) bersama ahli MPP Sub Zon 8 selepas mengadakan mesyuarat di Balai Raya Kg Lubok Temiang, malam Selasa.
ALIAS (tiga kanan) bersama ahli MPP Sub Zon 8 selepas mengadakan mesyuarat di Balai Raya Kg Lubok Temiang, malam Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia