Utusan Borneo (Sabah)

Lancar minyak wangi mesra wuduk

-

PELAKON Sabrina Ali baru-baru ini melancarka­n produk minyak wanginya, ‘Sphere Perfume Sweet and Exclusive Sabrina’ yang mesra wuduk, khas untuk wanita, dijual bermula Februari ini.

Sabrina berkata minyak wangi EDP (Eau De Parfum) tanpa alkohol itu dihasilkan dengan gabungan pati bunga ros, buah-buahan dan vanila melalui kerjasama dengan syarikat kosmetik, Pierazain Resources.

“Saya begitu gemarkan minyak wangi yang mempunyai bau yang manis serta dapat mengekalka­n bau yang sedap dan tahan lama sepanjang hari walaupun sedang berpeluh dan minyak wangi ini ada semua ciri-ciri itu.

“Minyak wangi bersaiz 30 mililiter ini juga tidak mempunyai tarikh luput dan ia boleh didapati dengan harga RM89.90 sebotol melalui Instagram, @sabrinaali_ ali_dad_khan dan Facebook, Sphere Sphere,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis pelancaran minyak wangi itu di Kuala Lumpur.

Pelakon yang bakal tampil dengan filem terbaharu, ‘Makrifat Cinta’ pada bulan depan berkata minyak wangi berkenaan akan dijual secara dalam talian dan pihaknya kini sedang berusaha mencari stokis yang berminat memasarkan produk tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Pierazain Resources, Muhamad Muhinudin Muhamadunn­y berkata pihaknya menyasarka­n jualan sebanyak 10,000 unit dalam tempoh dua bulan dan yakin produk berkenaan dapat mencapai permintaan menggalakk­an.

“Kami mengambil tempoh dua bulan untuk menjalanka­n kajian dalam menghasilk­an minyak wangi ini dan semua bahan yang digunakan adalah semula jadi serta selamat digunakan buat wanita daripada pelbagai peringkat umur,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia