Utusan Borneo (Sabah)

‘Cinto Den Anak Daro Jempol’ Mr Chubby semarakkan dialek Kuala Pilah

-

LAGU ‘Cinto Den Anak Daro Jempol’ yang akan dilancarka­n pada tahun ini oleh kumpulan Mr Chubby dalam dialek Melayu Kuala Pilah diharap dapat memperkena­lkan dialek daerah Negeri Sembilan kepada masyarakat luar.

Ketua kumpulan yang dianggotai oleh lima lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan, Mohd Ismail Shara Jamaludin, 42. berkata lagu itu menceritak­an percintaan sepasangan kekasih.

Dialek Kuala Pilah untuk lagu itu adalah dialek yang digunakan di kawasan Batu Kikir, Serting dan sebahagian daripada Padang Lebar yang terletak di daerah Jempol.

“Dialek Kuala Pilah tidak sama bunyi dengan dialek Rembau, Jelebu, Tampin. Kalau hendak diikutkan sebutan dialek Melayu Kuala Pilah lagi pekat dari dialek Melayu di Negeri Sembilan,” katanya kepada Bernama selepas membuat persembaha­n dalam rancangan Nine11 terbitan Bernama News Channel, baru-baru ini.

Beliau berkata, “Kita ada lagu Waris yang menceritak­an tentang Rembau dan Jelebu dan kali ini, lagu ini akan melibatkan Kuala Pilah dan Jempol pula.”

Mohd Ismail yang juga penyanyi utama kumpulan itu berkata lagu itu adalah juga untuk menggalakk­an orang ramai memahami lenggok dan maksud dialek Melayu Kuala Pilah.

Bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan pada tahun 90-an itu turut berkata genre lagu baharu ini berkonsepk­an rock moden atau ska rock dan dicipta oleh beliau.

“Dulu kita ada lagu ‘Ayam Den Lopeh’ yang ada campuran Minang, kita juga ada lagu ‘Waris’ dan kali ini kami bawakan konsep yang berbeza iaitu ska rock atau rock moden,“katanya.

Mohd Ismail berkata, pada 2004 beliau pernah hasilkan lagu ‘Ujang Agogo’ bersama kumpulan Mr Chubby dengan anggota yang berbeza, dan lagu itu mendapat sambutan baik.

Menyentuh nama kumpulan Mr Chubby, beliau berkata nama itu diambil daripada keadaan fizikalnya yang sebelum ini agak berisi, dan nama tersebut turut menerima sokongan daripada mentornya, Datuk M. Nasir, yang merupakan penulis lirik dan penyanyi terkenal negara.

Kumpulan Mr Chubby ditubuhkan pada 2003 berkonsepk­an genre rock dan alternatif telah dibubarkan beberapa tahun kemudian dan ditubuhkan semula pada 2014.

Kumpulan itu kini dianggotai oleh Krul (gitaris), Nas (gitaris), AG (bassist) dan Anip (drum).

“Semua ahli kumpulan yang baharu ini berasal dari Negeri Sembilan dan saya paling lama dalam kumpulan ini. Sekarang ini kami giat mempromosi single ‘Kau Yang Baik’,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia