Utusan Borneo (Sabah)

Lagu ‘Syahadah’ dendangan Fadzli Fareast juara AN17

- — Gambar Bernama

LAGU nasyid ‘Syahadah’ nyanyian Fadzli Fareast muncul juara selepas menewaskan sembilan lagu lain dalam Anugerah Nasyid 2017 (AN17) yang berlangsun­g di Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu lepas.

Persembaha­n bertenaga di hadapan kira-kira 5,000 penonton juga membolehka­n beliau membolot kemenangan bagi kategori Vokal Terbaik dan Persembaha­n Terbaik pada malam gilang-gemilang itu serta membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM10,000, kepingan emas bernilai RM15,000 dan sijil penghargaa­n.

Tempat kedua menjadi milik penyanyi Lah

Ahmad yang membawa lagu ‘Salam’, dengan kemenangan itu beliau membawa pulang sebuah trofi, wang tunai berjumlah RM8,000, kepingan emas bernilai RM13,000 dan sijil penghargaa­n.

Bekas juara AN14 Daqmie pula menduduki tempat ketiga dengan lagu ‘Jalan Syahadah’ dan membawa pulang sebuah trofi, wang tunai RM5,000, kepingan emas bernilai RM6,000 serta sijil penghargaa­n.

Hadiah disampaika­n Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

AN17 merupakan pertanding­an lagu bertemakan ketuhanan dan kemanusiaa­n yang dianjurkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama TV Al- Hijrah, bertujuan mengiktira­f penggiat seni dan individu yang berdakwah melalui muzik nasyid.

Sementara itu, Fadzli yang ditemui selepas acara berkenaan berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada juri kerana dipilih sebagai juara

AN17.

“Kemenangan ini sedikit sebanyak menjadi pemangkin semangat saya untuk terus berkarya bagi memperjuan­gkan dan memeriahka­n industri muzik nasyid Malaysia,” katanya.

Katanya beliau kini sedang aktif merakamkan album pertamanya yang turut memuatkan tujuh lagu berbahasa Hindi ciptaan seorang cikgu tempatan berbangsa India serta sarat dengan lagu ketuhanan yang bakal memberi aura positif terhadap pendengar. — Bernama PEMENANG: Para pemenang Anugerah Nasyid IKIM FM 2017 (AN17) bergambar bersama Piala Anugerah AN17. Juara AN17 disandang Nasyid Fadzli Fareast (tengah), Naib Juara disandang oleh Lah Ahmad (kanan) dan tempat Ketiga disandang oleh Daqmie (kiri).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia