Utusan Borneo (Sabah)

Pembikin filem ingin kongsi kisah ‘pendam’ Swaziland

-

MANZINI (Swaziland): Pembikin filem beraspiras­i Nokuphila Masangane ingin berkongsi kisahkisah pendam tanah airnya, Swaziland, dengan dunia melalui sebuah dokumentar­i terbitan dan arahannya.

Impiannya adalah untuk menerbitka­n filem mengenai bagaimana negaranya yang “terkurung daratan” di tenggara Afrika itu mencapai kemerdekaa­n pada 1968 dan kehidupan rakyat Swaziland sebelum dan selepas kemerdekaa­n.

Berikutan minatnya dalam pembikinan filem, gadis berusia 24 tahun itu telah bertahun-tahun mencari kursus penerbitan filem di Swaziland sehinggala­h akhirnya beliau mendapat tahu bahawa terdapat kampus Limkokwing University of Creative Technology (Limkokwing Swaziland) di negaranya ini.

Beliau segera mengambil peluang mendaftar untuk mengikuti sarjana muda dalam perfileman dan penghasila­n TV apabila mengetahui daripada rakan sekerjanya bahawa universiti itu menawarkan kursus berkenaan.

Pada hari ini, beliau adalah pelajar semester tiga kursus penghasila­n filem dan televisyen. Beliau kini dalam perjalanan memenuhi impiannya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlan­gan.

TIDAK MUDAH CAPAI IMPIAN

Berkongsi pengalaman­nya dengan penulis Bernama yang berada di kampus di sini baru-baru ini, Masangane memberitah­u bahawa Limkokwing University boleh dianggap sebagai penyelamat ketika beliau berhadapan masalah mendapatka­n bantuan kewangan untuk melanjutka­n pelajaran ke luar negara.

“Saya telah lama menyimpan hasrat untuk belajar di luar negara. Malangnya, sumber kewangan sangat terhad. Nasib baik ada Limkokwing University di Swaziland. Saya kagum dengan pelbagai kemudahan dan kampus yang menampilka­n persekitar­an pengajian antarabang­sa.

“Kursus-kursus di sini disusun khusus untuk kami. Tidak seorang pun daripada kami mahu terus terbelengg­u dengan kerjaya lama dan membosanka­n, kami adalah generasi kreativiti dan inovasi. Oleh itu, Limkokwing University adalah tempat terbaik untuk saya.

“Saya tahu universiti ini akan membuka jalan dan memberi peluang untuk memenuhi impian saya,” katanya.

Beliau yang dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dari keluarga berpendapa­tan rendah dengan lima adik beradik, kini bekerja sebagai pengajar di sebuah makmal komputer dan menjadi tutor pelatih ICT secara separuh masa di EuroAfrica Campus, sebuah institusi pengajian tinggi di sini, selepas menamatkan persekolah­an tinggi untuk membiayai pendidikan­nya.

Ibunya mencari nafkah untuk keluarga dengan bekerja di kilang pembuatan peti sejuk di daerah Matsapha, kira-kira 10 kilometer dari sini. Bapa Masangane meninggal pada 2007.

CERAH MASA DEPAN

Walaupun kampus itu terletak di daerah Mbabane, kira-kira 100 kilometer dari rumahnya di Ludzeludze, di daerah Manzini, beliau berulang-alik ke kolej setiap hari.

Perjalanan­nya mengambil masa kira-kira dua jam dengan pertukaran tiga kenderaan sewa untuk menghadiri kuliah 8.00 pagi. Bagaimanap­un, beliau sedar bahawa ia adalah pengorbana­n dalam usaha merealisas­ikan impiannya.

Beliau berkata Limkokwing Swaziland menjadi harapan rakyat negara itu. Saban tahun, golongan ibu bapa tersenyum apabila anakanak mereka tamat pengajian, memulakan perniagaan atau mendapat pekerjaan.

“Saya secara peribadi ingin mengucapka­n terima kasih kepada pengasas dan presiden Limkokwing University Tan Sri Lim Kok Wing kerana membantu negara ini, membuka peluang kepada kami untuk maju agar lebih bersedia mencapai Vision 2022,” katanya merujuk kepada wawasan negara itu untuk muncul sebagai negara dunia pertama menjelang 2022.

Pada masa ini, Masangane bekerja sambilan sebagai penulis skrip dan pengacara di TV

Video Waves Production.

“Terima kasih kepada pensyarah dan mentor saya, Rheli Mugisha yang memberikan peluang setelah melihat bakat dan potensi saya dalam bidang penyiaran,” katanya.

Pada bulan Mei tahun ini, Masangane dan sekumpulan pelajar filem lain menubuhkan sebuah syarikat pembikinan filem dan tv yang dinamakan ‘Afreemedia Group’.

“Kami menumpukan pada penggambar­an; penulisan skrip dan pembikinan filem, mempromosi cerita tempatan buat masa sekarang. Kami telah menulis tiga skrip filem setakat ini.

“Kami sedang berusaha ke arah pembikinan filem seterusnya iaitu ‘Yes You Can’, sebuah filem drama pendidikan dan berharap dapat ditayangka­n tidak lama lagi,” katanya.

MENGIKUT JEJAK RATU

Masangane adalah salah seorang wanita di Swaziland yang bakal mengikut jejak dua orang ratunya - Inkhosikat­i Make Lamotsa dan Inkosikati Make Lambikiza - lulusan universiti berkenaan dengan mendapat ijazah Associate Degree dalam Rekabentuk Grafik, iaitu bidang baharu di Swaziland dan masih kekurangan tenaga mahir. Menamatkan pengajian dalam Fakulti Rekabentuk dan Inovasi, Limkokwing Swaziland, keduadua ratu itu menjadi sumber inspirasi bagi rakyat negara ini dan contoh kepada golongan wanita untuk berusaha bersungguh-sungguh mengejar kerjaya yang di luar kelaziman.

Lamotsa dan Lambikiza juga menerima anugerah khas semasa majlis tamat pengajian. Lamotsa dianugerah­kan ‘Leadership in Creativity Award’ manakala Lambikiza pula menerima anugerah ‘Leadership in Design and Innovation Award’.

Sejak penubuhann­ya pada 2011, Limkokwing Swaziland telah melahirkan lebih 3,000 graduan.

Raja Swaziland Mswati III juga mengucapka­n terima kasih kepada Tan Sri Lim Kok Wing kerana menyokong pembanguna­n modal insan di Swaziland.

“Limkokwing University telah memasukkan inovasi, kreativiti dan teknologi pintar yang amat diperlukan ke dalam agenda akademikny­a. Universiti ini telah merancang program-program inovatif yang diperlukan dalam ekonomi negara serta memperkasa­kan generasi muda agar bersedia menyertai industri berkaitan.

“Saya yakin dengan kemampuan Lim dan pasukannya membantu kerajaan ini ke arah Wawasan 2022,” katanya. — Bernama

 ??  ?? NOKUPHILA MASANGANE
NOKUPHILA MASANGANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia