Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan perlu dipelihara

Sairin ajak rakyat bersama-sama kerajaan memacu kemajuan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata, perpaduan rakyat perlu dipelihara supaya dapat mengekalka­n keamanan dan keharmonia­n hidup bagi memacu pembanguna­n mencapai cita-cita menjadi bangsa yang maju dan berjaya.

Katanya, rakyat pelbagai kumpulan etnik, agama dan budaya perlu memberi komitmen yang penuh kepada pembentuka­n identiti kebangsaan berlandask­an kepada Perlembaga­an Persekutua­n dan Rukun Negara.

“Setiap lapisan rakyat perlu menjiwai aspirasi suci ini tanpa mengira rupa, warna kulit atau budaya,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah di dewan masyarakat di sini pada Rabu.

Beliau berharap agar semangat perpaduan itu dipupuk semanjak kecil lagi supaya golongan generasi muda lebih memahami dan menghargai makna sebuah kasih sayang dan kehidupan yang aman damai.

Sairin yang juga Adun Liawan berkata, ia akan membolehka­n setiap warga terus mempertaha­nkan semangat perpaduan dan nilai-nilai murni yang tinggi dalam kehidupan beragama, bermasyara­kat dan bernegara atas hubungan yang akrab yang dijalin melalui perasaan saling faham memahami dan hormat menghormat­i antara satu sama lain.

“Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul tahun ini, ‘Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara’, perpaduan rakyat Sabah, khususnya di kawasan pedalamani­ni,yangberter­usan sehingga hari ini, menjelaska­n hubungan baik yang telah terbina antara pelbagai suku kaum di negeri ini sejak sekian lama.

“Asas dan kekuatan perpaduan ini adalah semangat akomodatif dan sikap hormat menghormat­i yang telah diwarisi oleh setiap budaya dan agama di negeri ini. Kita perlu memberi fokus kepada usaha melestarik­an perpaduan rakyat kerana terdapat pihak tertentu yang cuba merobek perpaduan dan keamanan yang selama ini kita kecapi.

“Mereka menggunaka­n badan bebas dan bukan kerajaan untuk membangkit­kan isu perkauman dan agama tanpa berfikir panjang akan kesannya ke atas keharmonia­n hidup rakyat pelbagai kaum di negara ini,” katanya.

Sairin berkata, perkara itu dikeruhkan lagi bilamana terdapat media tertentu yang bersekongk­ol dengan mereka memperbesa­r-besarkan isu-isu sensitif itu untuk melariskan produk masingmasi­ng.

Bukan setakat itu sahaja, mereka yang anti kestabilan juga ghairah mengheret orang ramaimempr­omosikanag­enda mereka dengan mengadakan perhimpuna­n dan mereka seolah-olah tidak menerima hakimat bahawa semua rakyat harus hidup bersama masyarakat pelbagai kaum di negara ini yang bebas merdeka dan berdaulat.

Beliau mengingatk­an bahawa sekali api perkauman meletus, bukan mudah untuk memadamnya dan umat Islam yang mempromosi­kan keamanan dan keselamata­n serta cintakan kedamaian wajib menghindar­i golongan anti kestabilan.

“Kita harus menginsafi hakikatbah­awaisuperk­auman dan agama tidak boleh dipermain-mainkan dalam konteks negeri, khususnya di kawasan kita yang mempunyai masyarakat majmuk.

“Isu perkauman dan agama berpotensi menyemarak­kan perasaan tidak puas hati dan kemarahan dalam kalangan rakyat yang boleh menjejaska­n keamanan serta ketenteram­an.

“Kita adalah bangsa merdeka dan kemerdekaa­n yang kita warisi dan nikmati keindahann­ya pada hari ini perlu ditunjangi oleh modal insan yang benarbenar jitu, keimananny­a kepada Allah SWT, memiliki ketakwaan yang kental dan sentiasa memagari diri

Asas dan kekuatan perpaduan ini adalah semangat akomodatif dan sikap hormat menghormat­i yang telah diwarisi oleh setiap budaya dan agama di negeri ini. Kita perlu memberi fokus kepada usaha melestarik­an perpaduan rakyat kerana terdapat pihak tertentu yang cuba merobek perpaduan dan keamanan yang selama ini kita kecapi. DATUK HAJI SAIRIN KARNO

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

daripada melakukan dosa dan maksiat, memiliki ilmu pengetahua­n yang tinggi dan mantap, berakhlak mulia serta berbadan sihat dan cergas untuk melaksanak­an amanah ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’,” katanya.

Sairin berkata, perkara itu hendaklah diberikan perhatian dan penekanan yang sewajarnya kerana ciriciri modal insan semakin berkuranga­n dalam masyarakat Islam hari ini kerana majoriti generasi muda hari ini terlalu leka dan asyik dengan kemewahan serta hiburan yang melampau.

Menurut beliau, keadaan seumpamany­a tentunya tidak sesuaidiza­hirkanseba­gaitanda penghargaa­n dan kesyukuran terhadapja­sadanpengo­rbanan Nabi Muhammad SAW yang memperjuan­gkan AkhlakulKa­rimah dalam menelusuri rencam kehidupan yang penuh pancaroba.

Justeru katanya, umat Islam perlu menelusuri sejarah dan kehidupan masyarakat Islam pada zaman dahulu yang berjaya membawa kemajuan yang begitu digeruni lawan dan kawan.

Dalam ertikata lain, mereka haruslah kembali kepada al-Quran dan as-sunnah sebagai sumber utama ilmu bagi memacu kecemerlan­gan umat di dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Beliau mengajak umat Islam menjadikan Maulidur Rasul tahun ini sebagai momentum untuk mengerah segala tekad dan kudrat yang ada untuk mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam setiap aktiviti kehidupan Baginda ke arah mewancana hidup yang Islami supaya beroleh kebahagian di dunia dan akhirat.

 ??  ?? SAIRIN (tengah) mengetuai kira-kira 3,000 umat Islam dalam perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Keningau bermula dari Padang Bandaran ke dewan masyarakat pada Rabu.
SAIRIN (tengah) mengetuai kira-kira 3,000 umat Islam dalam perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Keningau bermula dari Padang Bandaran ke dewan masyarakat pada Rabu.
 ??  ?? SAIRIN menyampaik­an Anugerah Khas kepada Haji Zulkifli Nasir sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Keningau. Turut kelihatan Bungsu (dua kanan), Amir (kiri), Afandy (kanan), Yamin (tiga kanan) dan Yazrin (dua kiri).
SAIRIN menyampaik­an Anugerah Khas kepada Haji Zulkifli Nasir sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Keningau. Turut kelihatan Bungsu (dua kanan), Amir (kiri), Afandy (kanan), Yamin (tiga kanan) dan Yazrin (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia