Utusan Borneo (Sabah)

11 pasukan sertai Pertanding­an Tarian Singa Belia ke-6

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sebanyak 11 pasukan telah mengambil bahagianda­lamPertand­ingan Tarian Singa Belia kali ke-6 yang berlangsun­g di Dewan Sekolah Menengah (SM) Yu Yuan, di sini pada Selasa.

Pertanding­an itu merupakan anjuran Persatuan Masyarakat Tionghua Bersekutu Sandakan dengan kolaborasi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Cheng Min, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan dan Kementeria­n Belia dan Sukan Negeri Sabah (Bahagian Sandakan).

Daripada jumlah itu, lima pasukan bertanding bagi kategori sekolah iaitu SJK(C) Yuk Chin, Tawau; SJK(C) Chi Hwa, Sandakan; SJK(C) Yuk Choi, Lahad Datu; serta SJK(C) Cheng Min A dan B, Sandakan.

Manakala, bagi kategori terbuka, enam pasukan bertanding adalah Kelab Sukan Tarian Singa & Naga Xu Ri A dan B, Sandakan; Kelab Sukan Leong Sin, Sandakan; Persatuan Bekas Murid SJK(C) Yuk Choi, Lahad Datu; Persatuan Stevedor Pelabuhan, Sandakan; dan Pertubuhan Shun Tak Sabah.

Bagi kategori sekolah, tiga pasukan telah merangkul piala cemerlang iaitu SJK(C) Yuk Chin, Tawau; SJK(C) Chi Hwa, Sandakan; dan SJK(C) Yuk Choi, Lahad Datu manakala, bagi kategori terbuka, tiga pasukan yang mendapat piala cemerlang adalah Kelab Sukan Leong Sin, Sandakan; Persatuan Bekas Murid SJK(C) Yuk Choi, Lahad Datu; dan Persatuan Stevedor Pelabuhan, Sandakan.

Pertanding­an Tarian Singa Belia pada tahun ini berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksika­n pertanding­an kebudayaan Cina yang istimewa itu.

 ??  ?? TETAMUkeho­rmatbersam­a pasukan yang menyertai Pertanding­an Tarian Singa Belia kali ke-6 di Sandakan.
TETAMUkeho­rmatbersam­a pasukan yang menyertai Pertanding­an Tarian Singa Belia kali ke-6 di Sandakan.
 ??  ?? SIMBOLIK perasmian pertanding­an oleh tetamu kehormat.
SIMBOLIK perasmian pertanding­an oleh tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia