Utusan Borneo (Sabah)

DARI MUKA DEPAN

-

“Pada peringkat akhir yang berlangsun­g pada 13 Jan (Sabtu) lepas, kita membawa 12 peserta ini bersaing semula dengan pakaian tradisi masing-masing.

“Setiap daripada mereka bukan sahaja dilihat dari aspek keaslian busana, tetapi juga dari aspek kepetahan bercakap serta pengetahua­n am yang diadili oleh juri profesiona­l kita sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharapag­arsetiappe­menang bagi pertanding­an itu akan terus memartabat­kan budaya etnik Bajau sekaligus menjadi contoh kepada anak muda supaya menghargai tadisi budaya nenek moyang.

Azamini juga berhasrat menjadikan pertanding­an itu sebagai program tahunan yang mana turut mendapat sokongan padu daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said.

“Kita juga merancang akan mengadakan Karnival Pesta Bajau di peringkat negeri yang melibatkan setiap daerah.

“Sudah pasti sasaran utama saya ialah untuk menonjolka­n seni budaya etnik Bajau seperti etnik yang lain, selain dijadikan produk pelanconga­n di mata dunia,” katanya.

Beliau yang juga penganjur MRS Sabah Beauty akan mengadakan sesi uji bakat kedua pada April tahun ini dan menyeru ibu-ibu atau wanita yang sudah berkahwin supaya hadir menonjolka­m bakat masing-masing.

Terdahulu, Dzulaikha Hj Lamsin yang berasal dari Kinarut dinobatkan sebagai Ratu Etnik Bajau pada pusingan akhir.

Tempat kedua diberikan kepada peserta dari Kota Belud iaitu Noradinah Papartaim, manakala Salasiah dari Semporna di tempat ketiga.

Anugerah Queen Of Idol yang sekaligus membolot gelaran Queen Of Popular Media Social pula dimenangi oleh Marcella iaitu peserta dari

Kota Belud, manakala gelaran

Queen Of Friendly diberikan kepaada Emma Talip dari Labuan dan Marlisa dari Kunak memenangi gelaran Queen Of Popular Oceanus Waterfront Shopping Mall.

Penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Setiausaha Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato Baharul Sawi. Hadir sama, Ketua Wanita Umno Bahagian Silam, Lahad Datu Mizma Appehdulla­h.

 ??  ?? KESEMUA pemenang Pertanding­an Ratu Etnik Bajau merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat dan pihak penganjur.
KESEMUA pemenang Pertanding­an Ratu Etnik Bajau merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat dan pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia