Utusan Borneo (Sabah)

Bantahan pekebun sawit

Ribuan pekebun kecil sawit bantah cadangan larangan eksport minyak sawit ke Eropah

-

KUALA LUMPUR: Ribuan pekebun kecil sawit mengadakan demonstras­i aman di depan Kedutaan Eropah pada Selasa, sebagai tanda bantahan ke atas cadangan larangan eksport minyak sawit ke Eropah.

Larangan eksport minyak sawit yang dicadang Kesatuan Eropah mengancam 650,000 pekebun kecil dan lebih 3.2 juta rakyat Malaysia yang bergantung kepada industri minyak sawit sebagai sumber pendapatan.

Sekiranya cadangan sekatan tersebut dilaksanak­an, komuniti luar bandar di seluruh negara akan terjejas.

Kerajaan sebelum ini juga menyatakan jika sebarang pengharama­n ke atas minyak sawit dilaksanak­an oleh Kesatuan Eropah, tindakan sewajarnya akan diambil untuk melindungi hak dan pendapatan pekebun-pekebun kecil Malaysia.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (NASH) Datuk Aliasak Ambia dalam satu kenyataan pada Selasa menyifatka­n Eropah mengambil kesempatan untuk mengenakan ‘diskrimina­si tanaman berupa apartheid’ ke atas petani-petani

“Ini melanggar semua perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mereka tandatanga­ni. Kita tidak akan lupa dan tidak akan membenarka­n ” diskrimina­si ini diteruskan. DATUK ALIASAK AMBIA Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (NASH)

dari negara membangun.

“Ini melanggar semua perjanjian Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu yang mereka tandatanga­ni.

"Kita tidak akan lupa dan tidak akan membenarka­n diskrimina­si ini diteruskan," tegasnya.

Manakala menurut Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad, larangan dicadangka­n oleh Kesatuan Eropah mengenai bahan bakar bio sawit adalah satu diskrimina­si di bawah Arahan Tenaga Diperbahar­ui.

“Ia harus dihapuskan kerana akan menjejaska­n lebih 112,000 pekebun kecil Felda di Malaysia," kata Shahrir.

Dalamkenya­taansama,Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) berkata Malaysia mengecamti­ndakanahli-ahlipoliti­k Eropah yang mendiskrim­inasi pekebun-pekebun kecil sawit.

“Dasar-dasar yang dicadangka­n oleh Kesatuan Eropah bakal menjejaska­n komuniti luar bandar Malaysia dan mengurangk­an pendapatan keluarga yang terlibat,” kata Uggah.

Presiden Persatuan Penanampen­anam Sawit Dayak (DOPPA) Dr Richard Mani Banda pula menyifatka­n tindakan Kesatuan Eropah akan melemahkan komuniti pribumi Borneo.

“Ini akan menjejaska­n pendapatan setiap keluarga untuk menyara dan menghantar anakanak mereka ke sekolah dengan bekalan yang secukupnya seperti kanak-kanak di Berlin dan London. Ini merupakan penjajahan pada zaman moden,” katanya.

 ??  ?? RIBUAN pekebun kecil sawit termasuk dari Sarawak hadir menyertai protes aman di hadapan Kedutaan Eropah di Kuala Lumpur.
RIBUAN pekebun kecil sawit termasuk dari Sarawak hadir menyertai protes aman di hadapan Kedutaan Eropah di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia