Utusan Borneo (Sabah)

557,000 rakyat belum daftar sebagai pengundi

-

KUCHING: Lebih 557,000 atau 31 peratus rakyat Sarawak berstatus warganegar­a Malaysia berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar sebagai pengundi sehingga 30 September 2017.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata jumlah itu adalah daripada 1,769,661 rakyat Sarawak berusia 21 tahun ke atas berdaftar sehingga 6 September 2017.

“Daripada jumlah tersebut (1,769,661) jumlah yang berdaftar sebagai pemilih di Sarawak sehingga 30 September 2017 ialah seramai 1,212,109 orang.

“Namun begitu jumlah warganegar­a di Sarawak yang layak tapi belum lagi mendaftar sebagai pemilih adalah lebih 557,000 orang atau 31 peratus,” katanya kepada Utusan Borneo pada Selasa.

Manakala dari segi demografi pemilih di Sarawak, Mohd Hashim berkata berdasarka­n Daftar Pemilih sehingga suku ketiga 2017, majoriti pemilih adalah dalam lingkungan usia 40 hingga 49 tahun iaitu merangkumi lebih kurang 273,000 atau 22 peratus.

Ia diikuti kalangan pemilih yang berumur 30 hingga 39 tahun yang merangkumi 256,000 orang atau 21 peratus daripada jumlah keseluruha­n pemilih berdaftar di Sarawak, tambahnya.

“Pecahan terperinci ialah pemilih berusia 21-29 tahun ialah 12.6 peratus, 30 hingga 39 tahun (21.2 peratus), 40-49 tahun (22.6 peratus), 50 hingga 59 (20.6 peratus), 60 hingga 69 tahun (13.7 peratus), 70-79 tahun (6.4 peratus), 80 hingga 89 tahun (2.2 peratus) dan 90 tahun ke atas (0.7 peratus),” katanya.

Sementara itu katanya, jumlah pemilih di seluruh negara berdasarka­n Daftar Pemilih sehingga suku ketiga 2017 ialah seramai 14.8 juta orang.

Manakala katanya seramai 3.6 juta orang warganegar­a yang berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih.

“SPR berharap pendaftara­n pemilih akan terus meningkat dari semasa ke semasa dan jumlah warganegar­a yang belum mendaftar dapat dikurangka­n.

“SPR menjalanka­n urusan pendaftara­n sepanjang tahun jadi mana-mana warganegar­a khususnya di Sarawak yang belum berdaftar, segeralah berbuat demikian dan mereka yang sudah mendaftar semaklah status pendaftara­n anda sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 diadakan bagi mengetahui status di mana anda akan mengundi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia