Utusan Borneo (Sabah)

11 Tabika Kemas daif akan dibina semula

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan membina baharu 11 daripada 109 Tabika Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat)yang daif di Sarawak tahun ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata bagi tujuan itu kerajaan negeri telah menyediaka­n peruntukan RM5.8 juta.

“Kerajaan negeri telah bersetuju membina baharu 11 Tabika Kemas yang daif di negeri ini dengan peruntukan berjumlah RM5.8 juta.

“Kerja-kerja pembinaan akan bermula dalam waktu terdekat ini dan dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Tahunan Majlis Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Sarawak (MPAKS) di sini pada Selasa.

Fatimah berkata 11 Tabika Kemas itu ialah Tabika Kemas Rumah Serit Kapit, Tabika Kemas Rumah Pillai Kapit, Tabika Kemas Rumah Tanjang Sungai Lelabi, Tabika Kemas Selangan Serikei, Tabika Kemas Rumah Jamba Kapit, Tabika Kemas Kampung Sagah Petra Jaya, Tabika Kemas Sungai Malikat Marudi, Tabika Kemas Manok Machal Kapit, Tabika Kemas Kampung Ampungan Puncak Borneo, Tabika Kemas Kampung Banting Lawas dan Tabika Kemas Kampung Sungai Tapang Stampin.

“Kita akan mengemukak­an permohonan kepada kerajaan pusat untuk mendapatka­n peruntukan bagi membina baharu baki 98 lagi Tabika Kemas yang daif di Sarawak,” katanya.

Mengenai mesyuarat itu semalam, beliau berkata lima bidang telah dikenal pasti untuk difokuskan di bawah perancanga­n strategik MPAKS sepanjang tahun ini.

Lima bidang utama itu ialah membangunk­an profesiona­lisme pendidik atau pengasuh serta pengusaha tabika, taman asuhan kanakkanak (taska) dan prasekolah di negeri ini.

Selain itu MPAKS akan terus melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n bagi mengenal pasti kelemahan pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak seterusnya mencari penyelesai­an terbaik.

Pada tahun ini juga katanya, MPAKS akan meningkatk­an perkhidmat­an sokongan kepada pendidik, pengasuh serta operator tabika dan taska di Sarawak bagi menghasilk­an institusi pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.

“Kita percaya tabika dan taska yang berkualiti akan melahirkan anak-anak yang berkualiti dalam akademik serta sahsiah.

“Pada masa sama MPAKS akan memberi penekanan kepada penglibatk­an komuniti khasnya ibu bapa dalam pembanguna­n pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini,” jelasnya.

Beliau menambah, bidang terakhir yang akan menjadi fokus MPAKS dalam perancanga­n strategikn­ya tahun ini ialah pembanguna­n bakat serta potensi dalam kalangan kanak-kanak bermula di peringkat tabika dan taska lagi.

Menerusi cara itu katanya, pembanguna­n potensi dan bakat yang ada pada kanakkanak akan lebih teratur, akhirnya melahirkan modal insan yang berkualiti.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Rosey Yunus, Setiausaha Tetap KWKPK Dr Saadiah Abdul Samat, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad serta ahli jawatankua­sa MPAKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia