Utusan Borneo (Sabah)

Kelantan bergelut atasi Persija Jakarta

-

KUALA LUMPUR: Kelab Liga Super, Kelantan terpaksa berhempas pulas sebelum mengatasi juara Liga Indonesia 2001, Persija Jakarta 1-0 pada Kejohanan Bola Sepak Jemputan Piala Super Boost Sportsfix di Stadium Nasional Bukit Jalil, Isnin lepas.

Skuad The Red Warriors yang mendapat sokongan lebih 5,000 penyokong mereka melancarka­n serangan bertali arus ke kubu Persija sebaik sahaja pengadil, Zulkarnain Zakaria meniupkan wisel perlawanan namun berjaya diserap oleh barisan benteng pertahanan pasukan lawan diketuai pemain import tinggi lampai dari Brazil, Jamierson da Silva Xavier.

Pasukan Persija turut melakukan beberapa serangan balas berbahaya ke pintu gol Kelantan namun digagalkan oleh ketangkasa­n penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan keputusan seri tanpa jaringan itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Sebaik perlawanan kembali bersambung, pengendali pasukan Kelantan, Sathit Bensoh melakukan beberapa pertukaran di jentera serangan bagi memburu gol pembukaan.

Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil selepas dihadiahka­n sepakan penalti oleh Zulkarnain setelah pemain gantian Persija, Vava Mario Yagalo menjatuhka­n penyerang Kelantan, Ferdinand Alfred dari Brazil dalam kotak penalti pada minit ke-76.

Rakan senegara Ferdinand, Bruno Lopes yang ditugaskan mengambil sepakan penalti, mudah menolak masuk bola bagi menewaskan penjag gol Persija, Dary Ono dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Kelantan hanya perlu mencatat keputusan seri berdepan wakil Liga Perdana Thailand, Ratchaburi FC pada Sabtu ini, di venue yang sama bagi menentukan pemenang kejohanan itu yang disertai tiga pasukan sahaja.

Untuk rekod, Persija menang selesa 3-1 ke atas Ratchaburi FC pada aksi pembukaan kejohanan berkenaan, Sabtu lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Sathit berpuas hati dengan prestasi pemainnya yang berdepan tentangan sengit daripada pasukan lawan.

“Saya gembira kita berjaya meraih tiga mata berharga biarpun pasukan lawan mempamerka­n corak permainan padat terutamany­a di benteng pertahanan, dan berharap kemenangan itu dapat menyuntik keyakinan pemain apabila berdepan Ratchaburi FC pada Sabtu ini,” kata jurulatih Kelantan kelahiran Thailand itu.

Ketua jurulatih Persija Jakarta, Alessandro Stefano ternyata kecewa selepas anak buahnya gagal mengekalka­n rentak kemenangan pada kejohanan tersebut.

“Saya gembira pasukan kami dijemput menyertai kejohanan ini kerana kita melakukan persiapan rapi bagi menghadapi musim baharu Liga Indonesia.

“Melalui penyertaan kami pada kejohanan ini, saya berjaya mengenal pasti beberapa kelemahan terutama corak taktikal dan kecergasan pemain sebelum kami memulakan kempen kejohanan Piala AFC dalam tempoh dua minggu akan datang,” katanya.

-Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia