Utusan Borneo (Sabah)

LGC siap sedia sambut kehadiran 112 pemain

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Labuan Golf Club (LGC) siap sedia menerima kehadiran 112 pemain dari seluruh negara dan Brunei Darussalam yang akan bersaing di Kejohanan Golf Senior Amatur Terbuka Labuan 2018 di lapangan golf itu hujung minggu ini.

Presiden LGC Arthur Kong ketika dihubungi Selasa berkata, kejohanan dua hari untuk edisi ke-6 itu akan berlangsun­g 20-21 Januari melibatkan 100 pemain lelaki dan 12 pemain wanita berumur 55 tahun ke atas.

“Juara tahun lalu Peter Tan yang mewakili Sabah Golf and Country Club (SGCC) hadir untuk mempertaha­nkan gelaran beliau dalam kategori lelaki.

“Tetapi untuk kategori wanita, kejohanan tahun ini akan menyaksika­n kemunculan juara baharu selepas juara bertahan yang juga pemain tuan rumah Shirley Poh tidak mengambil bahagian,” jelas beliau.

Peter dijangka akan mendapat tentangan sengit dari pemain-pemain veteran sensasi termasuk Ian Quek yang mewakili Kelab Golf Kudat (KGK), Kunjin Sandhu Kelab Golf Miri (KGM), Col David Cannon (SGCCC) serta harapan tuan rumah Eddie Samsuddin dan Ranjeet Singh.

Dalam kategori wanita pula, juara tidak asing lagi Rokia Daud yang mewakili SGCC pastinya menjadi tumpuan selain dua pemain tuan rumah Christina Tambakau dan Alice Wong serta Hajah Maria Yusof.

“Sambutan penyertaan untuk kejohanan ini amat menggalakk­an di mana sehingga ke hari ini, lebih 10 pemain masih menanti peluang dalam senarai menunggu.

“Kita juga amat berbesar hati untuk melihat aksi pemain paling senior yang menyertai kejohanan itu pada usia 82 tahun iaitu Jimmy Hong dari Pantai Menteri, Brunei,” tambah Arthur lagi.

Bagi pihak kelab, Arthur merakamkan penghargaa­n dan terima masih kepada para penaja termasuk wakil rakyat Labuan; Datuk Rozman Isli, Kapten Abel Ongkunik, Internatio­nal Shipcare serta JH Bersatu selaku penaja Pukulan Selubang (HiO).

 ??  ?? ARTHUR (kanan) dan kapten LGC Joak Jolonius memperliha­tkan piala rebutan kategori lelaki dan wanita Kejohanan Golf Senior Amatur Terbuka Labuan 2018 di rumah kelab LGC pada Selasa.
ARTHUR (kanan) dan kapten LGC Joak Jolonius memperliha­tkan piala rebutan kategori lelaki dan wanita Kejohanan Golf Senior Amatur Terbuka Labuan 2018 di rumah kelab LGC pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia