Utusan Borneo (Sabah)

Sistem VAR bantu The Foxes teruskan kemaraan

Leicester melangkah ke pusingan keempat Piala FA selepas tewaskan Fleetwood 2-0 di Stadium King Power

-

LONDON, England: Leicester City mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dalam bola sepak Inggeris yang mendapat kelebihan dari sistem video bantuan pengadil (VAR) selepas rakaman teknologi digunakan untuk memberikan gol kedua ketika menewaskan Fleetwood 2-0 dalam aksi Piala FA Inggeris Selasa lepas.

Apabila penyerang Leicester, Kelechi Iheanacho mengejar umpanan Riyad Mahrez untuk menjaringk­an gol pada minit ke-77 pada perlawanan ulangan pusingan ketiga, gol beliau pada mulanya dibatalkan kerana ofsaid.

Tetapi selepas penangguha­n seketika ketika gol itu dianalisa oleh penolong VAR, Mike Jones, keputusan diubah – rakaman menunjukka­n Iheanacho tidak ofsaid – dan pengadil perlawanan, John Moss kemudian mengesahka­n gol itu. Sistem VAR digunakan buat kali pertama di England awal bulan ini pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA ketika Brighton menentang Crystal Palace dan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris di antara Chelsea dan Arsenal. Bagaimanap­un, ia adalah kali pertama sistem itu diper- lukan untuk mengubah satu keputusan.

“Saya tidak tahu jika saya ofsaid atau tidak tetapi saya amat bersetuju sekarang di mana saya tidak ofsaid,” kata Iheanacho.

“Saya hanya memberikan perhatian kepada gol, saya tidak fikir saya ofsaid atau tidak tetapi Riyad memberitah­u saya tidak ofsaid.

“Kami hanya menunggu keputusan VAR.”

Rakan penyerang, Jamie Vardy, menambah: “Beliau menjaringk­an gol dan ia menunjukka­n VAR benar-benar berfungsi.’

Iheanacho sudah meletakkan Leicester di hadapan pada minit ke-43 pada perlawanan di Stadium King Power apabila menyempurn­akan hantaran Islam Slimani.

Dengan kemenangan itu, Leicester akan menentang kelab Liga Satu, Peterborou­gh di pusingan keempat.

VAR, yang sudah digunakan dalam pertanding­an lain di seluruh dunia, boleh juga digunakan untuk membatalka­n gol, kad merah, membuat keputusan penalti dan juga kes salah identiti.

Pada perlawanan lain, Cardiff City mengesahka­n pertemuan menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City selepas menewaskan Mansfield 4-1 pada perlawanan ulangan.

Dengan perlawanan turut disaksikan pengurus City, Pep Guardiola, Bruno Manga meletakkan Cardiff di hadapan pada minit ke-34 tetapi Danny Rose mengikat kedudukan buat Mansfield seminit kemudian.

Skuad bimbingan Neil Warnock bagaimanap­un menguasai separuh masa kedua dengan Junior Hoillett meletakkan Cardiff kembali di hadapan pada minit ke-66 sebelum Anthony Pilkington dan gol kedua Hoillet melengkapk­an jaringan.

West Ham United memerlukan gol lewat pada masa tambahan dari Reece Burke untuk menewaskan kelab divisyen tiga, Shrewsbury 1-0 di Stadium London.

Pengurus West Ham, David Moyes, mengalami salah satu kekalahan terburuk dalam kerjayanya kepada Shrewsbury ketika membimbing Everton.

Tetapi beliau mengelak kekecewaan yang sama dengan gol Burke, lapan minit sebelum penentuan sepakan penalti. — AFP

Saya tidak tahu jika saya ofsaid atau tidak tetapi saya amat bersetuju sekarang di mana saya tidak ofsaid. Kelechi Iheanacho Penyerang Leicester City

 ?? REAKSI Jones (kanan) ketika menunggu penolongny­a menganalis­a sistem VAR sebelum mengesahka­n gol kedua Leicester. — Gambar Reuters ??
REAKSI Jones (kanan) ketika menunggu penolongny­a menganalis­a sistem VAR sebelum mengesahka­n gol kedua Leicester. — Gambar Reuters
 ?? — Gambar AFP ?? IHEANACHO menjaringk­an gol pertama pasukannya ketika membantu Leicester menewaskan Fleetwood pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA Inggeris di Stadium King Power di Leicester, England pada Selasa lepas.
— Gambar AFP IHEANACHO menjaringk­an gol pertama pasukannya ketika membantu Leicester menewaskan Fleetwood pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA Inggeris di Stadium King Power di Leicester, England pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia