Utusan Borneo (Sabah)

Perpindaha­n Sanchez bergantung kepada persetujua­n Mkhitaryan

-

LONDON, England: Harapan Manchester United untuk mendapatka­n Alexis Sanchez dari Arsenal bergantung kepada kejayaan Henrikh Mkhitaryan berpindah ke Arsenal, menurut ejen pemain antarabang­sa Armenia itu ketika pengurus Chelsea, Antonio Conte, mula menjauhkan diri dari kemungkina­n membuat bidaan Selasa lepas.

Sanchez, penyerang antarabang­sa Chile, yang kelihatan bermain perlawanan terakhir beliau untuk Arsenal, dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke Manchester United atau Manchester City selain Conte juga ada memuji pemain itu.

Sanchez, yang akan tamat kontrak pada akhir musim ini, hampir mengesahka­n perpindaha­n ke City pada musim panas lepas tetapi gagal pada saat akhir dan kali ini, ia difahamkan City menarik diri dari membuat bidaan kerana kos lebihan.

Ada spekulasi di mana Mkhitaryan akan disertakan dalam perjanjian perpindaha­n Sanchez dengan pengurus United, Jose Mourinho tidak menurunkan pemain itu untuk menentang Stoke City Isnin lepas kerana “keraguan mengenai masa depannya”.

Ejen Mkhitaryan, Mino Raiola, memberitah­u akhbar British, Times, perpindaha­n Sanchez ke United bergantung kepada Mkhitaryan menyertai Arsenal sebagai sebahagian dari perjanjian.

“Manchester United tidak akan mendapatka­n Sanchez melainkan Mhki bersetuju menyertai Arsenal,” kata Raiola ketika memberitah­u akhbar.

“Mkhi akan melakukan apa yang terbaik untuk beliau. Beliau mempunyai baki kontrak dua tahun di United, jadi ia keputusan beliau. Sanchez adalah sebahagian dari perjanjian Mkhi, bukan sebaliknya.”

Conte pada minggu lepas, menggambar­kan sebarang kemungkina­n potongan harga untuk Sanchez sebagai satu peluang yang baik tetapi memberitah­u wartawan Selasa lepas di mana beliau tidak percaya Chelsea cuba mendapatka­n pemain itu.

Mourinho, yang bercakap selepas United menewaskan Stoke City Isnin lepas, berkata ia pastinya “hebat” jika Sanchez tiba di Old Trafford walaupun beliau tetap enggan memberikan sebarang jaminan. — AFP

 ??  ?? SANCHEZ
SANCHEZ
 ??  ?? MKHITARYAN
MKHITARYAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia