Utusan Borneo (Sabah)

Hector hampir pasti sarung jersi Sabah

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Penyerang kebangsaan Puerto Rico, Hector Omar Ramos Lebron hanya perlu menurunkan tandatanga­n kontrak untuk menjadi pemain import keempat Sabah musim ini.

Pemain berketingg­ian 191cm (6’3”) itu yang tiba di sini lewat petang Selasa selepas 28 jam penerbanga­n dari negaranya telah mengadakan perbincang­an dengan Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) pada Rabu.

“Perbincang­an berjalan lancar tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperhalus­i termasuk beliau perlu melepasi pemeriksaa­n kesihatan.

“Kita juga sudah menawarkan kontrak dan beliau meminta sedikit masa untuk menelitiny­a sebelum memberi kata putus. Saya fikir keputusan akan dicapai dalam satu dua hari ini dan ia adalah kemungkina­n besar beliau akan menjadi pemain import keempat kita,” kata pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Pemain yang akan menyambut ulangtahun kelahiran ke-28 pada 4 Mei itu datang dengan rekod 18 jaringan dalam 33 penampilan bersama skuad kebangsaan Puerto Rico sehingga Ogos tahun lalu.

Kelab terakhirny­a adalah Puerto Rico FC dalam Liga Bola Sepak Amerika Utara (NASL) di mana beliau telah menjaringk­an 12 gol dalam 40 penampilan pada musim 2016 dan 2017.

Hectoryang­telahberka­hwin dan mempunyai dua anak berkata, liga NASL berakhir pada November tahun lalu tetapi beliau tetap menjalani latihan bagi mengekalka­n kecergasan dan sedia untuk berlatih dan bermain untuk Sabah.

Beliau dijangka akan mula menyertai pasukan berlatih hari ini.

Sambil itu, Sabah sebelum ini telah menyenarai­kan 29 pemain termasuk tiga pemain import luar negara meninggalk­an baki satu kekosongan.

Penyerang import luar negara adalah antara yang diburu Sabah dengan pasukan dibenarkan mendaftar maksima empat import.

Tiga pemain import Sabah adalah pemain yang dikekalkan dari skuad musim lalu iaitu Igor Cerina dari Croatia (pertahanan), Heo Jaenyong (pertahanan/ tengah) dan Lee Gil Hoon (penyerang/penyerang tengah).

Sabah akan memulakan cabaran Liga Premier musim ini menentang Terengganu FC II di Stadium Likas pada 2 Februari.

 ??  ?? HECTOR
HECTOR
 ??  ?? JUIL
JUIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia