Utusan Borneo (Sabah)

Saingan empat penjuru di Beaufort

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pertarunga­n empat pasukan akan menghiasi aksi bola sepak di padang Kompleks Sukan Beaufort hujung minggu ini.

Selepas penarikan diri Kota Kinabalu selaku juara Piala Musa 2017, Pilihan Kuala Penyu mengisi kekosongan yang ditinggalk­an itu dan menjanjika­n pertarunga­n sengit dalam Pertanding­an Bolasepak Empat Penjuru Safa Beaufort 2018 bermula esok hingga Ahad.

Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) Daerah Beaufort; Datuk Haji Abdul Razak Sulaiman berkata, tiga pasukan lain ialah pasukan Liga Simpanan Sabah (Bawah 21 Tahun), pasukan Piala Belia (Bawah 19 Tahun) dan Pilihan Beaufort.

Kejohanan itu akan dijalankan secara liga kumpulan,dimanakedu­dukan pemenang ditentukan menerusi pungutan mata.

Juara pertanding­an itu akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, naib johan menerima RM1,500 sambil tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima saguhati bernilai RM500.

Dua perlawanan akan berlangsun­g setiap hari untuk ketiga-tiga hari pertanding­an itu di mana perlawanan pertama dijadualka­n bermula 2.00 petang, diikuti perlawanan kedua 4.15 petang.

“Bagi pihak penganjur, saya mengalu-alukan kehadiran orang ramai khsusunya penduduk sekitar daerah Beaufort untuk hadir beramairam­ai memberikan sokongan dan seterusnya memeriahka­n suasana pertanding­an ini.

“Ini juga merupakan pendedahan pertanding­an untuk dua pasukan remaja negeri ini dalam mereka mempersiap­kan diri sebelum bersaingan di arena kebangsaan,” tambah Razak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia