Utusan Borneo (Sabah)

Assis sahkan persaraan Ronaldinho dari bola sepak

-

SAO PAULO, Brazil: Pemenang Piala Dunia dari Brazil, Ronaldinho, secara rasmi mengesahka­n persaraan beliau dari bola sepak, lebih dari dua tahun sejak penampilan terakhir sebagai pemain profesiona­l, menurut laporan di Brazil Selasa lepas.

Bekas pemain Paris Saint Germain (PSG) dan Barcelona berusia 37 tahun itu, pemain utama ketika Brazil memenangi Piala Dunia pada 2002, kali terakhir bermain pada 2015 ketika tempoh singkat di Fluminense.

Bagaimanap­un,abangbelia­u yang juga ejennya, Roberto Assis, berkata beliau tidak akan bermain lagi dan kini akan memberikan tumpuan kepada acara penghargaa­n.

“Beliau berhenti, kami akan melakukan sesuatu yang benar-benar besar, menarik, selepas Piala Dunia di Rusia, mungkin pada bulan Ogos, kami akan melakukan beberapa acara di Brazil, Eropah dan Asia dan sudah tentu, kami akan menonton perlawanan bersama pasukan Brazil,” kata Assis.

Kerjaya Ronaldinho bermula bersama kelab Gremio di Porto Alegre, bandar kelahirann­ya sebelum menjadi bintang bersama PSG.

Beliau kemudian menghabisk­an lima tahun bersama Barcelona di antara 2003 dan 2008, membantu Barca memenangiL­igaJuara-Juarapada 2006 selepas dianugerah­kan Ballon d’Or pada 2005.

Beliau menghabisk­an tiga musim lagi di Eropah bersama AC Milan di antara 2008 dan 2011 sebelum kembali ke Brazil di mana beliau bermain untuk Flamengo dan Atletico Mineiro.

Satu musim di Mexico bersama Queretaro sebelum kembali ke Brazil untuk bermain bersama Fluminense, di manabeliau­bermain untuk tujuh perlawanan sebelum memendekka­n kontraknya. Untuk Brazil, beliau membuat 97 penampilan, menjaringk­an 33 gol, termasuk dua gol di Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Sela- tan. — AFP

 ?? RONALDINHO ??
RONALDINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia