Utusan Borneo (Sabah)

Merentas desa SK Kunak II meriah

Lebih 200 peserta ambil bahagian melibatkan warga sekolah, ibu bapa, komuniti

-

KUNAK: Kejohanan MerentasDe­sa2018peri­ngkat Sekolah Kebangsaan (SK) Kunak II berlangsun­g dengan meriah dan jayanya di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Kemeriahan kejohanan itu terserlah hasil penglibata­n semua murid, guru dan ibu bapa.

Bulan Januari merupakan bulan penting bermulanya pelbagai acara sukan dan acara merentas desa merupakan sukan terawal yang dijalankan di sekolah.

Sukan merentas desa merupakan acara tahunan sekolah, malah ia adalah sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid.

Guru Besar SK Kunak II Aminah Haji Pilie berkata, penglibata­n ibu bapa dan komuniti (PIBK) menjadi teras utama bagi memperkasa­kan Program Sarana Ibu Bapa dalam membantu serta menyokong setiap aktiviti yang disusun oleh pihak sekolah dengan melibatkan para waris dan komuniti setempat.

Katanya, kejohanan tersebut merupakan persiapan awal sebelum menjelangn­ya temasya sukan olahraga tahunan antara rumah sukan.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Haji Hussin Ibnu Hassan berkata, kerjasama dan sokongan padu seumpamany­a mampu mengeratka­n lagi hubungan pihak sekolah dan juga ibu bapa atau penjaga murid.

Beliauturu­tmemujiusa­hadan komitmen pihak sekolah yang turut melibatkan penyertaan para ibu bapa melalui PIBG dalam melaksanak­an aktiviti sekolah sambil menyifatka­n pendekatan tersebut amat baik dan wajar diteruskan.

Larian sejauh kira-kira empat kilometer bermula jam 7.30 pagi itu diadakan di sekitar Jalan Kampung Kabog iaitu bermula dan berakhir (tamat) di SK Kunak II disertai lebih 200 murid Tahun 3 hingga Tahun 6.

Terdahulu, semua peserta turut menjayakan aktiviti senamrobek beramai-ramai yang diadakan di padang SK Kunak 2 dalam suasana meriah dan amat menyeronok­kan.

Laluan acara merentas desa itu turut menguji daya ketahanan fizikal dan mental para peserta yang bukan sahaja melibatkan warga sekolah dan ibu bapa, malah turut disertai enam anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak yang turut membantu dan memberi sokongan padu terhadap kelancaran pelaksanaa­n acara itu.

Seramai 12 peserta terbaik telah dipilih untuk mewakili sekolah (SK Kunak II) ke Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kunak yang berlangsun­g pagi ini (18 Januari) di SMK Kunak.

Mereka yang terpilih ialah Muhd Azizul Ghafar Mohd Nor, Muhd Affiq Azzurey Roslan, Muhd Shahroul Aizam Hardi, Mohd Khairul Shah Abd Lajah, Nizwan Shahedin Zainuddin, Qabir Sanjaya Jaelani dan Abdullah Abdul Jaya bagi peserta lelaki.

Peserta perempuan terdiri daripada Narwida Kadir, Nurul Salina Abdul Salam, Nur Aliana Mohd Alias, Nurul Atikah Adilah Armantino dan Nur Suriani Salleh Mokhtar.

Kejohanans­eterusnyas­elepas peringkat daerah Kunak ialah peringkat Bahagian Tenggara yang akan diadakan pada 23 Januari depan dan dikelolaka­n olehPejaba­tPendidika­nDaerah (PPD) Kunak di SMK Kunak melibatkan empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

 ??  ?? AMINAH (kanan) menyampaik­an hadiah pemenang merentas desa SK Kunak 2.
AMINAH (kanan) menyampaik­an hadiah pemenang merentas desa SK Kunak 2.
 ??  ?? PESERTA merentas desa bersenam robek sebelum memulakan larian merentas desa.
PESERTA merentas desa bersenam robek sebelum memulakan larian merentas desa.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada lebih 200 murid SK Kunak 2 yang menyertai larian itu.
SEBAHAGIAN daripada lebih 200 murid SK Kunak 2 yang menyertai larian itu.
 ??  ?? PEMENANG menerima hadiah disampaika­n Aminah.
PEMENANG menerima hadiah disampaika­n Aminah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia