Utusan Borneo (Sabah)

Projek jambatan visi besar PM

Untuk menyediaka­n kesalinghu­bungan tanpa batasan kepada rakyat

-

KOTA KINABALU: Pelantikan konsultan kejurutera­an untuk mengkaji aspek tekno-ekonomi Jambatan Labuan merupakan satu langkah penting ke arah pembinaan jambatan itu yang ditunggu-tunggu oleh penduduk Labuan dan Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, kajian daripada konsultan bukanlah kajian ekonomi sosial, seperti yang telah dilakukan oleh universiti universiti sebelum ini.

“Kajian ini adalah kajian tekno-ekonomi yang merangkumi aspek kejurutera­an, teknikal, pemodelan kewangan dan sebagainya. Ini adalah prosedur-prosedur penting yang dilakukan sebelum pembinaan sesebuah jambatan,” katanya mengulas pelantikan itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis.

Beliau berkata, seperti RTS dan HSR, projek Jambatan Labuan Sabah (JLS) merupakan satu lagi visi besar Perdana Menteri untuk menyediaka­n kesalinghu­bungan tanpa batasan kepada rakyat Malaysia.

“JLS akan menjadi satu lagi projek ‘game-changer’ di bawah visi jangka panjang YAB Perdana Menteri. Ini turut membuktika­n visi beliau untuk Malaysia, sedang bergerak di landasan yang tepat,” katanya.

Abdul Rahman berkata, JLS bukan hanya untuk Labuan. Ia juga untuk kelebihan kawasan selatan Sabah dan kawasan utara Sarawak.

“Kawasan-kawasan ini akan mendapat impak ekonomi melalui JLS sebagai penunjang kepada sebuah ekonomi yang mampan.

“Bayangkan orang di Sipitang, Sabah dan Lawas, Sarawak tidak perlu lagi memandu berjam-jam ke Kota Kinabalu untuk terbang dari Lapangan Terbang Antarabang­sa KK. Sekarang dengan mudahnya mereka boleh pandu terus ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Labuan melalui JLS,” katanya.

“JLS akan menjadi satu lagi projek ‘game-changer’ di bawah visi jangka panjang YAB Perdana Menteri. DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia