Utusan Borneo (Sabah)

Aksi lincah Yusuf Iskandar & Bujibu Chempel dalam ‘My Little Heroes’

-

GELAGAT Yusuf Iskandar, hero cilik kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bersama kucing peliharaan keluarga mereka, Bujibu Chempel, kini digarap dalam sebuah program realiti keibubapaa­n, ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’, yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu, mulai 31 Januari ini, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Program ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’ ini akan bersiaran sebanyak lapan episod, berdurasi selama 30 minit bagi setiap episod.

Ia akan memfokuska­n pada kepelbagai­an aktiviti yang didedahkan kepada Yusuf untuk menggalakk­an perkembang­an tumbesaran­nya dan mengenali personalit­i beliau dengan lebih mendalam.

Apatah lagi, Yusuf yang kini berusia 1 tahun 7 bulan berada dalam fasa yang penuh dengan perasaan ingin tahu terhadap dunia sekeliling­nya.

Lebih bermakna apabila Yusuf akan ditemani oleh kucing peliharaan keluarga beliau, Bujibu Chempel, dalam menjalani setiap aktiviti seterusnya menghasilk­an lebih banyak momen menarik mereka berdua yang sememangny­a akrab ini.

Yusuf mempunyai seramai 2 juta pengikut di laman Instagram, manakala Bujibu yang terkenal dengan ekspresi wajah ‘selamba’ ini pula mempunyai 1.1 juta.

Antara aktiviti yang dilakukan Yusuf dalam ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’ adalah berenang, melakukan aksi lasak bersama bapanya Hairul Azreen, melawat dan memberi makan kepada haiwan, melukis bersama Bujibu, membantu ibu dan

bapanya di tempat kerja, membuat pizza bersama Syeriv Samheizy (anak kepada pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin) dan pelbagai lagi.

Selain itu, program ini juga turut menyelitka­n perkongsia­n aktiviti harian dan amalan yang dipraktikk­an oleh Hanis dan Hairul dalam membesarka­n Yusuf serta perkara menarik mengenai putera sulung mereka yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.

Menurut Penolong Naib Presiden Gen Next Astro Razlin Irawati Johar, program yang menampilka­n gandingan seorang anak cilik bersama haiwan peliharaan kesayangan­nya adalah yang pertama di bawah slot eBu.

“ISTIMEWA. Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambar­kan program ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’ ini. Meskipun terhad tanpa sebarang komunikasi berbentuk dialog antara Yusuf Iskandar dan kucingnya, Bujibu Chempel, jalinan keakraban jelas terpancar antara mereka berdua,” katanya.

Tambahnya lagi, “Banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada hubungan istimewa ini. Kesudian

Hanis dan

Hairul menerima pelawaan daripada kami untuk memaparkan aktiviti kehidupan putera mereka bersama kucingnya,

Bujibu amat kami hargai.”

Anmum™ Essential hadir menghulurk­an sokongan penuh terhadap program ini selaku penaja utama.

Pengarah Pemasaran, Fonterra Malaysia, Karen Ong berkata, “Sebagai seorang ibu yang bertanggun­gjawab, Hanis hanya inginkan yang terbaik untuk tumbesaran Yusuf. Beliau akan memastikan Yusuf mendapat keseimbang­an dari segi nutrisi yang baik dan juga stimulasi untuk menyokong perkembang­an mental, emosi dan sosial.

Tambahnya, “Cara penjagaan anak Hanis sepadan dengan mesej jenama kami.”

 ??  ??
 ??  ?? HERO CILIK: Yusuf bersama kedua-dua ibu bapanya Hanis Zalikha dan Hairul Azreen semasa sidang media di Kuala Lumpur kelmarin.
HERO CILIK: Yusuf bersama kedua-dua ibu bapanya Hanis Zalikha dan Hairul Azreen semasa sidang media di Kuala Lumpur kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia